[TERKINI] KKM Mohon Peniaga E-Bazar Perlu Dapatkan Suntikan Tifoid

Tinggal dua hari sahaja lagi masyarakat Malaysia bakal menyambut bulan Ramadan. Justeru itu, pihak KKM meminta agar semua pengendali makanan yang beroperasi menerusi atas talian atau e-Bazar mematuhi syarat dan peraturan yang telah di tetapkan.

Menurut, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, syarat itu termasuklah memberi vaksin kepada pengendali makanan terhadap demam kepialu (typhoid).

Sumber : Google

“Mereka yang terlibat dalam menangani makanan harus mematuhi peraturan yang dikenakan oleh pihak kementerian

“Ini termasuklah, mendapatkan anti vaksinasi

“Selain itu, pihak peniaga haruslah memastikan kebersihan premis masing-masing.” Katanya pada sidang media harian di Putrajaya.

Terdahulu, beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia khasnya, agar sentiasa menjaga kebersihan premis masing-masing kerana, penyakit denggi masih merebak dikalangan masyarakat kita.

“Kami ingin menasihatkan agar rakyat Malaysia semua melakukan kerja pembersihan di sekitar rumah mereka bagi memastikan bahawa premis mereka bebas dari pembiakan denggi

Sumber : Google

“Ini kerana, kementerian juga bertekad untuk terus mengurangi jumlah kes denggi di negara ini” Jelasnya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, jam 8 malam hanya di TV3.

Salma Syahbuddin