Categories: FeaturedGaya Hidup

Ekstrak kekwa ungu bantu turunkan berat badan

Tumbuh-tumbuhan herba diakui sejak zaman berzaman mempunyai khasiat tersendiri yang boleh membawa kebaikan pada tubuh badan manusia.

Amalan meminum teh herba misai kucing umpamanya dikatakan bagus untuk mengatasi masalah darah tinggi, manakala meminum jus pegaga pula akan menjadikan wajah lambat dicengkam penuaan.

Bagaimanapun, kekwa ungu yang hanya boleh ditemui di kawasan pergunungan tanah tinggi di Qiaoban di Wilayah Zhejiang, China dipercayai mempunyai banyak kebaikan untuk menurunkan berat badan.

Termasuk dalam kategori kekwa, bunga berwarna ungu yang hanya dipetik setahun sekali pada pertengahan Oktober itu berfungsi membuang toksin yang terkumpul dalam badan.

Datin Thalia Baiduri dengan produk Glam V yang menggunakan kekwa ungu sebagai bahan utama dalam pembuatannya. Foto: Ihsan Iman health & Beauty.

Pengasas Iman Health & Beauty, Datin Thalia Baiduri Abdul Rashid, berkata kebaikan kekwa ungu bukan setakat itu sahaja, sebaliknya bunga berkenaan juga berupaya mengurangkan risiko barah usus dan masalah berkaitan perut.

“Kekwa ungu membantu mengatasi masalah sembelit, membaiki sistem pencernaan dan mengelakkan wanita terutama mengalami sembap diakibatkan oleh lebihan air dalam badan atau disebut juga edema.

“Pengambilan bunga ungu ini akan meningkatkan kadar metabolisme yang berkait rapat dengan keseimbangan berat badan. Oleh sebab itulah kami mengunakan kebaikan bunga ini sebagai bahan penting dalam produk Glam V,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Produk menggunakan kekwa ungu ini diperhebatkan dengan rasa coklat yang lazat. Foto: Ihsan Iman Health & Beauty.

Glam V ialah produk minuman tambahan yang menggunakan ekstrak kekwa ungu, kebaikan teh hijau dan chitosan dalam pembuatannya.

Berfungsi sebagai minuman tambahan yang berupaya menurunkan berat badan, Glam V diperhebatkan dengan rasa coklat yang lazat bertindak membakar lemak dan meningkatkan tahap metabolisme individu.

Katanya, Glam V dihasilkan daripada bahan semula jadi sepenuhnya dan dihadirkan bersama Beauty V untuk memberi kesan lebih apabila diminum, namun perlu mengikut peraturan yang disarankan.

“Glam V juga meningkatkan tenaga dan mengurangkan selera makan. Dengan formula gabungan kebaikan semula jadi ini, ia membekalkan khasiat yang menakjubkan dan memberi kesan penurunan berat badan yang diinginkan setiap wanita.

Beauty V memanfaatkan kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran. Foto: Ihsan Iman Health & Beauty.

“Beauty V pula adalah campuran serat, buah-buahan dan sayur-sayuran serta prebiotik yang akan meningkatkan fungsi pencernaan badan dan membersihkan usus,” katanya.

 

Beauty V perlu diambil pada waktu malam kerana ia akan memudahkan proses perkumuhan pada awal pagi selain membuang sisa toksin dan lemak berlebihan dalam badan manakala Glam V pula selepas sarapan.

Kedua-duanya boleh dibeli menerusi dalam talian dan Beauty V ditawarkan pada harga RM69 dan Glam V, RM119.

Shaidah Shafie