Categories: FeaturedSihat

Elak kecederaan lutut ketika bersukan, jangan sesekali abaikan rutin memanaskan badan!

Kecederaan lutut biasanya berlaku apabila anda terlibat dalam aktiviti sukan, ini termasuklah berlari, melompat dan apabila kaki berhenti dalam posisi yang salah seperti semasa bermain bola jaring, hoki dan sebagainya.

Terdapat empat ligamen yang penting untuk menstabilkan lutut iaitu Medial Cruciate Ligament (MCL) di bahagian dalam lutut, Lateral Cruciate Ligament (LCL) dibahagian luar, Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan Posterior Cruciate Ligament (PCL) yang terdapat di bahagian tengah lutut.

Foto: ESPN

Anterior Cruciate Ligament bertujuan untuk menghalang tulang bergerak ke hadapan manakala Posterior Cruciate Ligament menghalangnya bergerak ke belakang. Sekiranya, Anterior Cruciate Ligament terkoyak, ini boleh mengakibatkan tulang tibia atau tulang kering bergerak ke hadapan dan menjadi tidak stabil.

Lutut dimana Anterior Cruciate Ligament sudah terkoyak akan menjadi tidak stabil apabila bergerak. Tisu yang menggunakan tulang tempurung lutut dan lekatan tendon adalah graf yang paling lazim digunakan untuk merawat Anterior Cruciate Ligament yang  koyak. Rawatan rekonstruksi Anterior Cruciate Ligament single bundle adalah rawatan yang berkesan kepada kebanyakan pesakit.

Pesakit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga enam bulan jika pesakit telah tamat menjalani program rehabilitasi atau pemulihan.

Terdapat beberapa cara untuk mencegah dan mengurangkan risiko kecederaan lutut. Antaranya:

1. Melakukan aktiviti senaman secara berterusan untuk mengekalkan tahap kecergasan badan. Ini dapat memastikan otot anda lebih stabil dan anda kekal cergas.

2. Pastikan anda melakukan aktiviti memanaskan badan lima hingga 10 minit sebelum melakukan senaman bagi memastikan pengaliran darah ke otot adalah mencukupi serta mengurangkan risiko berlakunya kecederaan. Anda di sarankan untuk melakukan regangan otot sebelum dan selepas aktiviti bersukan.

Foto: GlobalSport Matters

Yanie Baharom