Categories: FeaturedOh Lawa

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Dunia fesyen  bersilih ganti menyaksikan kitaran semula pelbagai potongan, sama ada baju kurung, gaun, jubah mahupun seluar yang sentiasa memeriahkan penampilan penggemar fesyen tanah air.

Jika tahun lalu, Lebaran meriah dan mewah dengan kombinasi kebaya daripada fabrik renda dan sarung batik, tahun ini menyaksikan aliran fesyen yang lebih bersifat sederhana, namun menarik.

Warna polos sentiasa memberi impak sopan dan bergaya walau apa jua majlis dihadiri. Foto kredit: www.poplook.com

Mungkin kerana aliran berpakaian juga bergantung pada keadaan semasa, wanita yang sinonim dengan fesyen sentiasa bijak untuk memanfaatkan gaya potongan sedia ada dengan apa sahaja pakaian yang difikirkan sesuai.

Oleh sebab itulah ada penggayaan seperti kebaya Nyonya digandingkan dengan seluar berkaki lebar dan baju kurung Kedah daripada linen tampak versatil apabila diseiringkan dengan kapas batik.

Potongan baju gaya moden seperti kimono dengan tali ikat di pinggang tetap memperlihatkan imej santun si gadis. Foto kredit: www.poplook.com

Pokok pangkalnya, wanita membentuk gaya dan memakai baju mengikut cita rasa sendiri dan bukannya tertakluk dengan cita rasa individu lain.

Terkini, himpunan baju raya PopLook menawarkan ratusan potongan baju yang sopan dan bergaya, bahkan sesuai digayakan pada hari biasa atau jika mahu ke pejabat.

Meskipun tidak tertulis sama ada baju ditawarkan itu sesuai ke majlis Aidilfitri, namun elemen kesederhanaan pada setiap helaian di bawah bumbung Poplook sememangnya sangat manis untuk digayakan, meskipun mahu berjumpa bakal mentua.

Berbaju kurung warna pastel dengan taburan bunga pada bahagian atas baju, manis dan menyerlahkan sopan pemakai. Foto kredit: www.poplook.com

Konsep malar segar itu jelas menjimatkan masa, idea dan penampilan wanita yang sentiasa mahu tampil pantas, tetapi tidak mengabaikan gaya mereka.

Mungkin dengan kombinasi baju daripada PopLook yang menghimpunkan pelbagai label pereka tempatan dan secalit gincu merah samar dengan pipisan pembayang mata biru langit, anda menjadi titik tumpu dalam majlis dikunjungi.

Shaidah Shafie