Ketupat dan rendang hidangan wajib pada 1 Syawal, namun selepas Hari Raya pertama, lazimnya ramai menghidangkan juadah ringkas, tetapi mengenyangkan.
Meskipun sekadar meraikan Aidilfitri dengan keluarga di rumah, tidak salah untuk mencipta suasana perayaan supaya anak-anak tidak begitu terasa apabila tidak berpeluang pulang ke kampung.
Antara hidangan mudah yang boleh disediakan ialah soto Johor yang enak tetapi paling penting mengenyangkan.
Lagipun hidangan ini boleh dinikmati sama ada dengan nasi himpit yang mungkin masih berbaki dari hari pertama Aidilfitri, ataupun dihidangkan dengan mi atau bihun.
Hidangan ini juga sesuai jika anak-anak masih kecil yang tidak boleh mengambil makanan pedas. Bagi ahli keluarga yang lebih dewasa dan menggemari masakan pedas, jangan bimbang kerana soto Johor boleh dihidangkan dengan sambal kicap pedas, atau jika ingin lebih pedas boleh cuba resipi kicap pedas berapi.
Hidangan ini juga sesuai untuk dikongsi dengan jiran di sebelah rumah, walaupun tidak boleh berziarah, hantar sahaja di dalam pek plastic atau amalkan tukar juadah dengan jiran-jiran.
Berikut dikongsikan resipi soto Johor lengkap dengan bergedil dan sambal kicap berapi.
½ ekor ayam
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang besar (atau 7 – 9 biji bawang merah)
5 ulas bawang putih
2 inci halia (berdiameter lebih kurang 1 inci )
½ inci kunyit hidup (berdiameter lebih kurang 1 inci )
1 batang serai (ambil yang mudah dalam 1 inci)
3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis (anggaran panjang dalam 2 inci)
3 biji bunga cengkih
3 sudu kecil ketumbar biji
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih (kurus)
1 sudu kecil lada putih
50 sen tauge, dicelur
Segenggam suun, digoreng
100g kacang tanah, digoreng
Hirisan daun sup (untuk tabur)
Bawang goreng (untuk hiasan dan tabur)
1. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar (bahan B) sehingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan C apabila bahan B agak kering.
3. Masukkan pula bahan D, tumis seketika sehingga naik bau.
4. Masukkan air
5. Masukkan ayam dan reneh ayam menggunakan api yang kecil selama lebih kurang 1 ½ jam.
Panduan: Anda juga boleh merebus menggunakan api yang besar tetapi ‘manis’ ayam akan hilang. Di samping itu, dengan merebus menggunakan api yang perlahan membenarkan segala rempah meresap ke dalam daging ayam. Ini menambahkan rasa rempah dalam daging ayam tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda. Tutup api.
5 biji kentang
Sedikit daun sup, dipotong kecil
Sedikit bawang goreng
1 biji telur
5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Kicap manis
Sedikit jus limau
Kredit gambar: Instagram @resepibersama
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda