Categories: Eat TravelFeatured

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Bunyinya agak pelik, tapi itulah realitinya apabila seorang peniaga menjual kek kahwin yang dihasilkan menggunakan mi segera. Memang lain daripada yang lain!

Jika sebut saja Indomie, pastinya anda sudah tahu ianya antara jenama mi segera popular dan memang tidak dapat disangkal lagi kesedapannya. Siapa sangka mi segera jenama ini boleh dijadikan bahan utama untuk sebuah kek kahwin yang cantik dan kreatif!

Idea yang diperkenalkan oleh Tot.aw iaitu sebuah restoran di Kelapa Gading, Indonesia ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih menarik lagi, anda boleh meminta untuk meletakkan apa saja topping untuk dihiasi pada kek indomie. 

Selain daripada kek kahwin, restoran ini juga menerima tempahan untuk kek hari jadi dan sebagainya. Tengok gambar saja dah nampak menyelerakan!

Untuk pengetahuan anda, restoran ini bukan sahaja terkenal dengan kek Indomie, tapi ada juga menjual donut Indomie dan makanan lain yang berasaskan mi Indomie.

Mungkin selepas ini, kek kahwin Indomie ini muncul di majlis-majlis perkahwinan di Malaysia pula. Yela, rakyat Malaysia pun ramai yang kreatif dan tak salah untuk bertukar selera untuk memilih kek Indomie ini. Betul tak?

Jika anda peminat mi segera atau mungkin perkahwinan anda bertemakan ‘kenangan sewaktu di universiti’, ini adalah kek yang sesuai untuk majlis kahwin anda. Apa salahnya untuk bertukar selera kan? Haha!

Sumber: Instagram

tex_admin