Categories: FeaturedGaya Hidup

Jacinda Ardern pilih beratur daripada sailang giliran, ketika dihalang masuk sebuah restoran

Siapa yang tidak kenal pada sosok wanita ini. Seorang pemimpin dunia yang telah melakukan banyak hal yang menyentuh hati rakyatnya, bahkan juga dunia.

Anda pastinya tidak percaya dengan satu perkhabaran ini yang berlaku beberapa hari lalu.

Meskipun menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan New Zealand selaku Perdana Menteri (PM) negara itu, Jacinda Ardern, mempamerkan sikap terpuji apabila memilih untuk beratur daripada sailang atau memintas giliran orang lain ketika mengunjungi sebuah restoran.

Beliau yang ketika itu bersama-sama tunangnya dihalang memasuki restoran berkenaan selepas didapati restoran itu sudah dipenuhi pelanggan.

Foto: Wikipedia

Dengan pengaruh yang dimiliki, beliau boleh menggunakan kepentingan sebagai PM New Zealand untuk diberi layanan kelas pertama, namun menolak berbuat demikian. Sebaliknya, mengambil keputusan untuk beratur bersama pelanggan yang lain.

Umum tahu, sudah menjadi kebiasaan di semua kedai ketika ini mempraktikkan penjarakan sosial sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kejadian itu sekali gus menarik perhatian ramai melihatkan gaya Jacinda yang merendah diri dan akur akan peraturan negara.

Foto: Zomato

Pasangan itu juga memilih untuk dilayan seperti rakyat biasa di restoran dan membuat bayaran bagi makanan yang dipesan.

Sikap yang ditunjukkan beliau dan tunangnya, mendapatkan pujian daripada warga siber di seluruh negara. Berikut antara komen netizen terhadap sikap yang ditunjukkan Jacinda Ardern.

Diharap sikap yang ditonjolkan beliau menjadi contoh kepada orang ramai dan pemimpin dalam serta luar negara dalam memastikan wabak tidak terus merebak.

Foto: Fortune

Yanie Baharom