Categories: FeaturedGaya Hidup

Jangan Pakai Bra Ketika Tidur, Nanti Buruk Natijahnya!

Sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir wanita apabila mahu tidur, pasti akan memakai bra. Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

Menurut kajian, tubuh manusia mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh) ketika waktu tidur. Justeru, waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah dengan tidak memakai bra ketika tidur.

Jika anda masih degil, ini akibat yang mungkin anda hadapi jika tidak menanggalkan bra ketika tidur.

1. Kanser payudara

Wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar susu) yang lebih tinggi. Memakai bra terlalu lama juga boleh meningkatkan suhu jaringan payudara. Hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

2. Peredaran darah tersekat

Terlalu kerap menggunakan bra terutama bra yang terlalu ketat boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh membatasi aliran darah ke payudara. Otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan. Bra dengan sokongan dawai (underwire) juga boleh menyekat peredaran darah.

3. Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi berlaku disebabkan tali dan cangkuk terlalu ketat yang sentiasa bergesel dan bersentuhan dengan kulit lalu menyebabkan bahagian kulit itu nampak lebih gelap.

4. Iritasi

Memakai bra sepanjang hari boleh menyebabkan iritasi kulit kerana permukaan kulit tidak bernafas selain faktor kebersihan akibat berpeluh. Keadaan cuaca yang hangat dan lembab juga boleh membawa kepada masalah pembentukan kulat pada payudara.

5. Masalah tidur

Tidur boleh menjadi tidak nyenyak terutama apabila memakai bra yang ketat dan berdawai kerana anda merasa sakit dan tidak selesa ketika tidur. Tidur juga mungkin terganggu kerana ketidaknyaman yang timbul akibat daripada masalah iritasi yang berlaku. Hal ini akhirnya akan mempengaruhi kesihatan anda secara keseluruhan.

Ad Ops