Categories: FeaturedOh Lawa

Jom Lihat Gaya Raya Ala Tun Dr Siti Hasmah

Setelah Tun Dr Mahathir Mohamed diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, tumpuan rakyat Malaysia kini pastinya lebih kepada tokoh berusia 93 tahun itu. Tidak ketinggalan, isteri beliau iaitu Tun Dr Siti Hasmah juga turut mencuri perhatian lensa kamera.

Selain melihat penampilannya yang sentiasa setia di samping suami tercinta, gaya fesyen doktor wanita pertama Malaya ini juga turut mendapat perhatian umum.

Seperti yang semua ketahui, wanita berusia 91 tahun ini sangat dikenali dengan gaya fesyennya yang sopan dan klasik. 

Foto: Jaticharlo

Menjelang Aidilfitri beberapa minggu lagi, berikut adalah cadangan gaya fesyen raya ala ‘First Lady Malaysia’ ini. Mana tahu ia boleh memberi inspirasi kepada anda untuk bergaya seperti beliau di pagi Syawal nanti.

Info:

1. Baju Kurung Songket dari Butik Sireh Pinang

2. Aksesori mutiara dari Swarovski by Julieta Y Romeo

3. Selendang lace rekaan Miss Rose Sister Violet

4. Kerongsang oleh AliciasOddities

Semoga cadangan di atas memberi anda idea untuk bergaya ala Tun Dr Siti Hasmah di Hari Raya nanti!

 

 

Ad Ops