Featured By: tex_admin November 12, 2018 @ 1:00pm

Kalau Tak Jaga Kebersihan Mulut, Anda Mungkin Boleh Hidap Penyakit Lidah Berbulu Hitam Ini!

Penyakit lidah berbulu hitam? Dengar saja macam pelik kan? Lagilah tengok gambar, menakutkan sungguh! Anda tahu ke tentang penyakit ini yang dikatakan boleh menyerang sesiapa saja?

Untuk pengetahuan anda, penyakit lidah berbulu hitam ini tidaklah berbahaya. Sebenarnya, wujudnya permukaan yang hitam pada bahagian lidah adalah disebabkan lemak berkumpul akibat bakteria atau kulat dalam mulut.

Apabila terlalu banyak bakteria di dalam mulut, lidah akan mula berwarna putih sebelum berubah menjadi coklat dan bertukar menjadi kehitaman jika tidak dirawat. Tabiat dan gaya hidup seseorang juga menjadi punca penyakit ini berlaku. 

Foto: 9Pickle – Nine

Punca

  • Tidak menjaga kebersihan mulut.
  • Merokok
  • Minum terlalu banyak air kopi atau teh.
  • Antibiotik (yang mungkin boleh mengganggu keseimbangan bakteria normal di dalam mulut).
  • Dehidrasi.
  • Mengambil ubat-ubatan yang mengandungi bismuth (seperti pepto-bismol untuk sakit perut).
  • Mulut tidak menghasilkan air liur yang mencukupi.
  • Kerap menggunakan ‘pencuci mulut’ yang mengandungi peroxide, witch hazel atau menthol.

**Penyakit lidah berbulu hitam biasanya dihidapi oleh golongan lelaki, mereka yang mengambil ubat jenis intravenous, dan mereka yang mengidap HIV.

Bagaimana untuk elakkan penyakit ini?

Foto: www.nejm.org

Anda perlu sentiasa mengamalkan kebesihan mulut dengan memberus gigi 2 kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

Anda juga perlu memberus bahagian permukaan lidah ataupun menggunakan pengikis lidah untuk membersihkan segala bakteria yang melekat. Selain itu, minumlah banyak air putih setiap hari bagi mengekalkan kebersihan mulut. 

Sekiranya, anda mengalami penyakit ini, segeralah berjumpa doktor!

Semoga bermanfaat!

Sumber: WebMD

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Tue, 2 Aug 2022

“Tiada Istilah ‘Sailang’ Johan & Fizi, Anggap Ia Satu Persaingan Sihat…” – Nazri Noran

Kemunculan dua penyampai radio terkenal dalam radio Hot FM berlaku atas persetujuan kedua-dua belah pihak

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu

Featured Mon, 15 Nov 2021

Penerbit Cukup Derita Itu Mohon Kerajaan Benarkan Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit popular, Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberikan kelonggaran untuk pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam penggambaran drama. Mengulas berkenaan isu pelakon kanak-kanak yang tidak dibenarkan datang ke set penggambaran

Featured Sun, 19 Dec 2021

Budak Tebing Drama Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

Anugerah Drama Sangat (ADS2021) telah berlangsung malam tadi untuk meraikan drama hasil kerja anak seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Hos bagi anugerah ini pada malam tadi merupakan gandingan Ain Edruce bersama Nabila

Featured Tue, 7 Mar 2023

Puteri Sarah Dedah Anak Tahu Konflik Rumah Tangga Dari Youtube -“Dia Tak Terus Tanya Dengan Saya…”

Sebaknya min😰 Anak-anak mesti sedih tapi tak reti nak express😳

familuv Wed, 8 Aug 2018

4 Sajian Enak Berasaskan Brokoli Untuk Si Manja

Brokoli antara sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral.

| Live TV

error: Content is protected !!