Categories: FeaturedSihat

Kalau Tak Jaga Kebersihan Mulut, Anda Mungkin Boleh Hidap Penyakit Lidah Berbulu Hitam Ini!

Penyakit lidah berbulu hitam? Dengar saja macam pelik kan? Lagilah tengok gambar, menakutkan sungguh! Anda tahu ke tentang penyakit ini yang dikatakan boleh menyerang sesiapa saja?

Untuk pengetahuan anda, penyakit lidah berbulu hitam ini tidaklah berbahaya. Sebenarnya, wujudnya permukaan yang hitam pada bahagian lidah adalah disebabkan lemak berkumpul akibat bakteria atau kulat dalam mulut.

Apabila terlalu banyak bakteria di dalam mulut, lidah akan mula berwarna putih sebelum berubah menjadi coklat dan bertukar menjadi kehitaman jika tidak dirawat. Tabiat dan gaya hidup seseorang juga menjadi punca penyakit ini berlaku. 

Foto: 9Pickle – Nine

Punca

  • Tidak menjaga kebersihan mulut.
  • Merokok
  • Minum terlalu banyak air kopi atau teh.
  • Antibiotik (yang mungkin boleh mengganggu keseimbangan bakteria normal di dalam mulut).
  • Dehidrasi.
  • Mengambil ubat-ubatan yang mengandungi bismuth (seperti pepto-bismol untuk sakit perut).
  • Mulut tidak menghasilkan air liur yang mencukupi.
  • Kerap menggunakan ‘pencuci mulut’ yang mengandungi peroxide, witch hazel atau menthol.

**Penyakit lidah berbulu hitam biasanya dihidapi oleh golongan lelaki, mereka yang mengambil ubat jenis intravenous, dan mereka yang mengidap HIV.

Bagaimana untuk elakkan penyakit ini?

Foto: www.nejm.org

Anda perlu sentiasa mengamalkan kebesihan mulut dengan memberus gigi 2 kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

Anda juga perlu memberus bahagian permukaan lidah ataupun menggunakan pengikis lidah untuk membersihkan segala bakteria yang melekat. Selain itu, minumlah banyak air putih setiap hari bagi mengekalkan kebersihan mulut. 

Sekiranya, anda mengalami penyakit ini, segeralah berjumpa doktor!

Semoga bermanfaat!

Sumber: WebMD

tex_admin