Tidak berkesempatan pulang ke kampung atau membawa keluarga bercuti kerana terpaksa bertugas selain kekangan bajet?
Usah gusar kerana anda masih boleh membuatkan anak-anak bergembira, dengan melakukan aktiviti riadah di taman rekreasi 99 Wonderland Park sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.
Bertempat di Taman Sri Murni, Selayang, taman reakreasi itu tampil dengan tarikan yang unik bertepatan dengan namanya. Antara tarikan taman rekreasi ini adalah taman burung kakak tua, kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring dan banyak lagi.
Detik mengujakan menjelang waktu malam, apabila taman rekreasi ini berubah wajah dan disimbahi cahaya LED yang menyinari taman.
Anda juga akan dapat melihat keindahan pancuran air apabila lampu dinyalakan. Pastinya kaki instagram akan menyukai tempat ini.
Selain itu, anda tidak perlu ke Korea atau negara luar untuk mengabadikan cinta kerana anda boleh membeli mangga berbentuk hati dan kuncikan di pagar-pagar sepanjang Magical Bridge sebagai simbolik percintaan anda.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke taman rekreasi 99 Wonderland Park ini, ia dibuka pada hari Rabu hingga Ahad, bermula pada jam 9 pagi hingga 11 malam.
Harga tiket yang ditawarkan juga tidaklah mahal iaitu hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berstatus warganegara Malaysia. Kepada bukan pemegang MyKad atau MyKid, tambahan RM5 berbanding harga biasa.
Jika anda ingin menaiki cruise, anda hanya perlu menambah RM25 sahaja.
Kini anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati hari minggu anda. Anda dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tanpa perlu berbelanja lebih dan pastinya berbaloi untuk menikmati pengalaman yang berbeza!
Allahuakbar, kenapa pemain bola sepak kita banyak kena serang ni? 🥹
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
See you again!