Featured By: Fadzlena Jafar April 1, 2020 @ 7:46pm

KKM teliti garis panduan bazar Ramadan dalam talian

Beberapa Kerajaan Negeri, hari ini mengumumkan pembatalan bazar Ramadan susulan kebimbangan penganjurannya dikatakan mampu menjadi punca penularan wabak COVID-19 yang lebih besar.

Hari ini, Akademi Perubatan Malaysia dalam satu kenyataan membantah penganjuran bazar berkenaan meskipun ada cadangan supaya konsep bazar Ramadan diubah suai bagi mengelakkan kesesakan orang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan carta kes positif mengikut negeri setakat 31 Mac 2020 ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) terbuka pada pelbagai idea baharu bagi memastikan pelaksanaan bazar Ramadan tidak menjadi punca penularan wabak berkenaan.

“Ketika ini kita perlu tampil dengan idea yang inovatif, contohnya amalan setiap tahun seperti bazar Ramadan. Kita ada panduan asas di KKM yang perlu dipatuhi, tetapi kita perlu melihat bagaimana boleh memanfaatkan idea baharu yang inovatif seperti melaksanakan e-bazar Ramadan, bazar Ramadan dalam talian atau pandu lalu.

“Apa yang pentung kita perlu elakkan perhimpunan dan mengamalkan penjarakan sosial. Oleh itu, KKM terbuka pada idea terkini yang dikemukakan kepada KKM  dan akan melihat garis panduan  kementerian sebelum kita boleh meluluskan atau terima pakai idea baharu itu,” katanya pada Sidang Media Harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Sebanyak 142 kes positif COVID-19 dilaporkan pada hari pertama Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan jumlah kumalatif jangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 2,908.

Meskipun ketika ini jangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan, jumlah harian kekal pada data yang mendatar berbanding beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Itali yang menunjukkan peningkatan harian membimbangkan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Sat, 21 Jan 2023

Sering Berada Di Zon Selesa Punca Sissy Iman & Naim Daniel Masih Belum Bergelar Juara Mingguan?

Masih tidak berputus asa untuk menonjolkan sesuatu yang berbeza sejak awal minggu pertama demi menghiburkan para penonton. Pasangan sepupu, Sissy Iman dan Naim Daniel masih belum berjaya untuk membawa pulang RM10,000 sebagai duo terbaik mingguan. […]

Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Wed, 28 Jul 2021

Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk […]

Featured Mon, 11 Sep 2023