Categories: FeaturedSihat

Kumpulan makanan yang membantu kesuburan wanita

Memiliki zuriat selepas perkahwinan sudah pasti menjadi impian bagi setiap suami isteri . Namun masih ada yang tidak mendapatkan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin dan telah mencuba pelbagai kaedah bagi mendapatkan cahaya mata. 

Ada sesetengah wanita yang cepat hamil walaupun baru beberapa bulan berkahwin dan ada pula wanita yang mengambil masa bertahun-tahun . Ia mengikut rezeki bagi setiap suami isteri. 

Kadang-kala perkara ini disebabkan genetik  yang sukar untuk anda hindari, namun makanan juga boleh menjadi faktor ketidaksuburan wanita. 

Antara makanan yang anda boleh amalkan untuk membantu anda agar cepat hamil adalah: 

  1. Sayur-sayuran

    Foto: lelakisihat.com

    Antara sayur yang bagus untuk meningkatkan kesuburan adalah bayam. Ini kerana sayuran yang berwarna hijau mempunyai zat besi dan kalsium yang diperlukan bagi menjaga proses pranatal. Ia bertujuan untuk menjaga tulang belakang bagi minggu awal kehamilan. 

Brokoli juga bagus untuk mematangkan telur dan proses ovulasi. Ini kerana ia mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi. 

2. Buah-buahan

Foto: sahabatnestle.co.id

Untuk mendapat kitaran haid yang teratur, wanita disarankan untuk memakan pisang. Ini kerana jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, kebarangkalian untuk mandul adalah rendah kerana kandungan vitamin B6 yang tinggi. 

Selain itu, avokado juga bagus untuk meningkatkan tahap kesuburan. Ini kerana kandungan konsentrasi kalium yang ada dalam buah tersebut. Kalium amat penting bagi menjaga fungsi saraf. 

3. Bawang putih 

Foto: liputan6.com

Bawang putih mengandungi selenium yang merupakan mineral yang memberi perlindungan terhadap keguguran awal dan dengan itu ia dapat meningkatkan tahap kesuburan anda. 

4. Kekacang

Foto: maskulin.com.my

Kekacang seperti badam, walnut, gajus, pistachio dan sebagainya mengandungi asid folik dan omega-3 yang baik untuk kesuburan wanita. Walaupun hampir semua kekacang dianggap baik untuk wanita yang ingin hamil akan tetapi kacang badam merupakan yang terbaik kerana kehadiran sejumlah besar vitamin E. 

tex_admin