Categories: FeaturedSihat

Manfaat ‘Air Orang Kaya’ Yang Perlu Anda Tahu

Haha! Pasti anda tertanya-tanya apa itu ‘air orang kaya’ kan? Sebenarnya ‘air orang kaya’ ini adalah air alkali! Adakah anda seorang yang gemar minum air alkali?

Air alkali cuma air biasa yang telah dibaik pulih dengan penambahan agen alkali untuk meningkatkan tahap alkali kandungan air melebihi 7 hingg 9.5 pH ke atas.

Air alkali dianggap sebagai ‘air orang kaya’ kerana kebanyakan golongan selebriti dalam negara mahupun luar negara sering dikaitkan dengan pengambilan minuman air beralkali ini.

Ini kerana, gaya hidup golongan selebriti ini yang mewah dan perlu sentiasa menjaga penampilan, air alkali digunakan sebagai cara mudah untuk mengekalkan kesihatan serta keremajaan kulit mereka.

Foto: Precision Nutrition

Kalau anda nak tahu, ‘air orang kaya’ ini boleh mencecah RM15 hingg RM20 sebotol! Agak mahal kan untuk air yang tiada perisa?

Selain itu, air paip biasa dan air alkali juga adalah berbeza ya! Air paip biasa boleh dikhuatiri molekulnya kerana ia mungkin mengandungi benda asing, termasuklah asid dan kotoran yang tidak elok diambil oleh kita. 

Manakala air alkali pula adalah air dengan nilai pH seimbang dan kadar asidiknya yang lebih rendah berbanding air takungan atau air dari sinki. 

Foto: Koeplus

Jangan tak tahu ya, air alkali mempunyai manfaat untuk kulit anda! Pengambilan air alkali mampu untuk:

1. Mempercepatkan penyembuhan luka.

2. Pulihkan kegatalan kulit.

3. Meredakan radang serta jerawat.

4. Mencerahkan kulit.

5. Memudarkan bintik hitam dan kedutan pada wajah.

6. Mengawal penuaan kulit.

7. Mengecutkan pori-pori wajah.

8. Mengurangkan penghasilan minyak pada wajah.

9. Menghaluskan permukaan kulit.

Patutlah, golongan selebriti memiliki kulit yang cantik, rupanya banyak manfaat air alkali ini untuk kecantikan. Jadi, anda lepas ini bolehlah amalkan minum air alkali setiap hari. Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista

tex_admin