Sakit Belakang Tak Halang Hafiz Bergelar Mentor

Tahniah buat penyanyi Hafiz Suip yang terpilih sebagai Mentor dalam program Mentor musim ke tujuh.

Biarpun berdepan dengan sakit belakang badan, penyanyi berusia 28 tahun ini tetap semangat untuk memulakan tugas!

“ Saya terima ujian ini dengan berlapang dada kerana di luar sana ramai lagi yang berdepan dugaan lebih besar.

“ Ujian ini saya anggap sebagai peringatan supaya tidak melupakan Allah. Jangan tunggu sehingga ditimpa sakit berat, baru teringat Allah,” katanya.

Hafiz memberitahu dia percaya di sebalik setiap dugaan tersimpan hikmah tersembunyi.

“ Biarpun saya mengalami sakit tulang belakang sejak tiga lalu, undangan menyanyi tetap ada.

“ Alhamdulillah, saya masih diberi kepercayaan penganjur dan stesen TV.

“ Peluang bergelar Mentor akan saya jalankan sebaik mungkin. Peluang seperti ini memberikan saya ruang berkongsi pengalaman dengan bakal protege, pada masa sama mencari bakat baharu untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan sendiri,” katanya.

Selain Hafiz, program yang bakal memulakan pencarian protege di Sabah dan Sri Pentas, Bandar Utama bermula 8 Ogos ini turut membariskan Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan dan Siti Nordiana.

SGMS Faida