Tahniah! Mawar Rashid Kini Hamil Dua Bulan

Siapa sangka sebelum mengumumkan beliau kini hamil dua bulan, Raf memberitahu pernah bermimpi Mawar telahpun bersalin. Dan, bagi pasangan ini semestinya peristiwa tersebut agak istimewa kerana ia sebenarnya merupakan petanda.

Mawar Rashid mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman instagram beliau semalam.

Terbaharu, Mawar bakal muncul dalam original series tonton Raisha 2 yang bakal ditayangkan pada Oktober. Bergandingan bersama Diana Danielle, Hafidz Roshdi dan ramai lagi. Jadi, kepada semua peminat Mawar, jangan lupa saksikan Raisha 2 hanya di tonton.com.my!

Suami gembira dan bersyukur!
Bagi Raf Yaakob, perasaan gembira dan bersyukur kerana bakal mendapat cahaya mata hasil perkahwinan nya bersama pelakon Kalis Kasih ini mengakui langsung tidak kisah soal jantina bayi asalkan segalanya berjalan dengan baik.
“Sudah tentu gembira dan syukur kerana ini merupakan zuriat pertama bersamanya. Walaupun saya sudah ada sepasang cahaya mata, rezeki yang bakal lahir ini tetap istimewa. Sebelum Doktor mengesahkan Mawar mengandung dua bulan, saya ada bermimpi dia bersalin dan apabila saya memberitahu ‘I mimpi you bersalin’ perbualan itu terhenti disitu sahaja.” Katanya
Raf dan Mawar mendirikan rumahtangga pada 9 November tahun lepas dengan hanya sekali lafaz sahaja.
Wah! Patutlah Mawar semakin berseri-seri, seri baby rupanya kan? Apapun, kami di xtra mengucapkan tahniah sekali lagi!
Salma Syahbuddin