Setelah melahirkan anak dan selesai proses berpantang, tentulah orang perempuan nak ‘pasang badan’ semula, betul tak?
Lazimnya, sepanjang proses kehamilan, ibu hamil bukan sahaja mengalami pertambahan berat badan, rambut gugur, rekahan selulit di perut, kulit berjerawat, malah segelintir daripadanya mengalami perubahan atau pigmentasi kulit yang menyebabkan tompokan hitam pada wajah.
Tetapi tahukah anda, ada pantang larang ibu menyusu sebelum anda boleh memilih sebarang produk kecantikan ini untuk dipakai?
Hal ini kerana sesetengah produk kecantikan boleh meresap ke dalam darah, sekali gus membahayakan dan menjejaskan kualiti susu ibu.
Di sini Hijab & Heels senaraikan, amalan kecantikan dan jenis produk yang tidak boleh dipakai atau dimakan oleh ibu yang menyusu badan.
Pasti ramai tertanya-tanya kenapa ubat jerawat tidak boleh digunakan? Berikut merupakan 4 bahan yang terkandung di dalam produk memulihkan jerawat.
Bahan wajib digunakan dalam rawatan pemutihan kulit adalah hidrokuinon.
Tidak hanya hidrokuinon, ia juga mengandungi merkuri dan retinoid yang mempunyai impak buruk terhadap sel-sel saraf si ibu yang mengamalkan pengambilan ubat ini secara konsisten dan menyusukan bayi mereka, yang menyebabkan bayi mengalami alahan kulit, cirit-birit dan beberapa masalah lain.
Tiada banyak kajian mengenai produk penjagaan kuku sebagai satu pantang larang ibu menyusu. Namun begitu tetaplah perlu berhati-hati dengan sesetengah jenama pewarna kuku yang mengandungi formaldehd, kapur barus (camphor), dibutil ftalat (DBP), toluena, dan formaldehid resin.
Kesemua bahan ini mengandungi toksin yang boleh masuk ke dalam darah dalam jumlah yang sedikit.
Pesanan ini buat mereka yang bukan Muslim. Mencacah atau mentatu kulit salah satu pantang larang ibu menyusu kerana ia boleh menyebabkan radang kulit terutamanya Hepatitis B/C atau HIV sekiranya peralatan melukis tatu tidak dibersih dan disteril dengan baik.
Krim dan losen (termasuk yang mengandungi asid alfa hidroksi) secara umumnya dianggap selamat digunakan semasa menyusu anak. Tetapi, elakkan menyapu krim di kawasan puting.
Krim yang mengandungi retinoid (khususnya digunakan untuk menghilangkan kedut di muka) harus dielakkan sama sekali kerana ketika kehamilan, retinoid boleh menyebabkan kecacatan pada janin.
Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperoleh dengan kebenaran doktor. Ubat ini biasa digunakan untuk menggalakan penurunan berat badan apabila tidak berselera atau lapar.
Mengambil lebih daripada dos bukan saja menyebabkan kesan sampingan yang membahayakan nyawa si ibu, tetapi juga bayi yang disusukan.
Semoga bermanfaat!
Chopsticks Asia Anjur Chopsticks Prihatin
Cantiknya baju Afifah... ada juga yang kritik