Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin June 12, 2018 @ 2:00pm

Miliki Aset Jutaan Ringgit, 5 Selebriti Malaysia Ini Paling Kaya!

Kalau kita lihat memang ramai selebriti di Malaysia ini yang berjaya, bukan sahaja berjaya dalam bidang lakonan mahupun nyanyian, malah ramai di antara mereka berani menceburi dalam bidang perniagaan. 

Hasil daripada bakat dan usaha tersebut, mereka berjaya menyimpan aset dalam diam. Bijak kan? Nak tahu siapa gerangan 5 selebriti Malaysia yang dalam diam mempunyai aset hingga jutaan ringgit? Jom kita semak!

1. Tan Sri Michelle Yeoh : Aset RM997 juta

Foto: Instagram Michelle Yeoh

Siapa yang tak kenal dengan nama antarabangsa ini yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila beliau sering memegang watak dalam filem-filem hebat Hollywood. Kejayaan luar biasa yang dikecapinya menjadi contoh kepada penggiat seni tanah air yang lain. Paling membanggakan, Tan Sri Michelle Yeoh mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan terbaik dari negara luar seperti Commander of the Legian dari Perancis.

2. Ling Tan : Aset RM224 juta

Foto: Instagram Ling Tan

Supermodel yang berasal dari tanah air ini telah pun menceburkan diri dengan pelbagai jenama fesyen terkemuka antaranya Tom Ford, Chanel, Donna Karan, Yves Saint Laurent dan banyak lagi. Beliau juga pernah diambil oleh lensa dari jurugambar terkenal seperi Mario Testino. Nama Ling Tan sering kali disebut-sebut sebagai pengaruh kuat dalam dunia modelling di Asia Tenggara. 

3. Datuk Seri Siti Nurhaliza : Aset RM69 juta

Foto: Star2

Penyanyi dan buah hati nombor satu Malaysia ini sememangnya akan tercalon dalam senarai ini. Melihat beberapa kejayaan beliau dalam bidang nyanyian dan juga perniagaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa menjadi penyuntik semangat di kalangan selebriti tempatan untuk berjaya sepertinya. Bukan sahaja kaya dalam aset, malah Datuk Siti kaya dalam budi-bahasa serta personaliti yang beliau bawa. 

4. Maya Karin : Aset RM57 juta

Foto: Instagram Maya Karin

Kalau lihat, Maya Karin kurang tampil di layar perak tapi dengan kejayaan filem yang beliau lakonkan sebelum ini telah banyak membantu beliau. Selain itu, Maya juga berbakat dalam bidang nyanyian dan pengacaraan sehingga beliau mampu mengeluarkan dua album berjudul ‘Erti Cinta’ dan ‘Teka-Teki’. Fasih dalam berbahasa Inggeris turut memberi peluang menjadi pengacara hiburan Inggeris, Channel V. 

5. Bront Palarae : Aset RM33 juta

Foto: The Pinsta

Setiap kali melihat karya yang diluahkan oleh aktor kacak ini sudah tahu tiada siapa dapat menandingi pesona yang dimilikinya. Beliau yang sering disunting oleh banyak produksi dari Indonesia menjadikan satu peluang yang amat besar untuk melebarkan sayap di negara tersebut.

Top 4 dimonopoli oleh selebriti wanita! Nampak tak wanita bukan kaum yang lemah, malah boleh berjaya dan kaya raya!

Sumber: RinggitPlus

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 13 May 2026
Featured Mon, 28 Aug 2023
Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

Cara Mudah Nak Masak Biryani Ayam Ala India

Nak sedap lagi hidangkan bersama raita iaitu campuran yogurt bersama bawang dan tomato.

Featured Mon, 5 Aug 2019
Featured Wed, 28 Apr 2021

Jenaka Rogol Di Sekolah ? Tiada Toleransi! – Radzi Jidin

Berikutan isu seorang guru yang membuat jenaka rogol tular di media sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu tersebut. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Mohd Jidin beliau berkata perkara tersebut masih dalam siasatan […]

Featured Fri, 5 Feb 2021
Events Fri, 9 Jun 2023

Isu Artis Kekwat Layan Peminat, Dolla Tampil Beri Respons!

Setuju, nak tak nak artis penat ke, kena juga ambik gambar kalau peminat tu 2 orang je. Kesian tau!

Featured Tue, 30 Jun 2026

“Kami Cuma Nak Tahu Apa Yang Berlaku, Suami Pun Dilarang Tengok CCTV” –  Anne Abdullah Persoal Misteri Kematian Nadia Kesuma

Pelakon Anne Abdullah berharap misteri di sebalik kematian Allahyarham rakan baiknya, Nadia Kesuma ketika berada di Jeddah dapat diselesaikan

error: Content is protected !!