Categories: Eat TravelFeatured

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Bagi warga kota yang mencari destinasi percutian unik untuk percutian singkat di ibu kota, apa kata terokai NAFAS Cube @ MARDI yang terletak di MAEPS Serdang, Selangor.

NAFAS Cube menawarkan percutian yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk kota dengan tempat penginapan yang unik serta selesa.

Kredit gambar: Twitter Che Ahmad Bobby

Tempat yang diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) itu menjadi tarikan menarik bagi mereka yang inginkan pengalaman agropelancongan yang luar biasa dan mengujakan.

Kredit gambar: Facebook NAFAS Cube

NAFAS Cube menawarkan bilik penginapan dengan konsep dalam kontena dan culvert (paip pembetung konkrit) dengan rekaan hiasan bilik seperti berada di hotel. Bagi yang gemar percutian ala perkhemahan, NAFAS Cube turut menawarkan konsep glamping atau perkhemahan glamor dengan pemandangan tasik yang indah.

Kredit gambar: Twitter Che Ahmad Bobby

Bagi mereka yang memilih penginapan jenis culvert, bilir air dan tandas disediakan tidak jauh dari bilik. Harga yang ditawarkan untuk sebuah culvert adalah antara RM120 hingga RM150 untuk satu malam bagi sebuah katil queen atau dua katil single.

Kredit gambar: Twitter Che Ahmad Bobby

Berbanding culvert, penginapan jenis kontena pula menyediakan bilik air dan tandas di dalam bilik dan harga bilik penginapan adalah daripada RM150 hingga RM250 satu malam.

Kredit gambar: Facebook NAFAS Cube

Kredit gambar: Facebook NAFAS Cube

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di NAFAS Cube antaranya barbeku bersama-sama keluarga, memancing dan banyak lagi.

Terdapat juga tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar kawasan berdekatan antaranya G2G Animal Garden, MAEPS Agro Tourism Park, Ladang Mini Kelulut dan Majlis Ekuine Malaysia.

Kredit gambar: Twitter Che Ahmad Bobby

Kredit gambar: Facebook NAFAS Cube

Bagi yang ingin menikmati percutian semula jadi yang unik dan mengujakan di ibu kota, bolehlah layari Facebook NAFAS Cube @ MARDI untuk maklumat lanjut.

Ad Ops