Telefon bimbit dijadikan sebagai alat ‘menyelesaikan’ masalah para ibu bapa apabila anak-anak mereka menangis ataupun untuk menarik perhatian. Bila anak menangis, beri saja telefon bimbit dan play sahaja video kartun atau video kegemaran mereka, pasti akan senyap. Betul tak?
Memanglah ia dapat menolong para ibu bapa untuk mengatasi kerenah anak-anak, namun ianya mampu memberi impak negatif kepada anak-anak tersebut sekiranya digunakan dengan terlalu kerap.
Menurut Dr. Rawat Sichangsirikarn, Pakat Pediatrik dari Bangkok, tanpa had dan batas waktu dalam bermain telefon bimbit, akan menjejaskan perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak.
Ia juga akan menyebabkan kanak-kanak mampu membuka aplikasi tertentu dan bebas melayari Internet termasuklah mengakses laman web seperti pornografi. Jadi, penulis senaraikan kesan penggunaan telefon bimbit kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.
1. Melihat skrin telefon bimbit terlalu lama boleh menyebabkan sawan, masalah mata seperti myopia dan keletihan mata.
2. Kanak-kanak akan kurang tidur dan tidak boleh memberi fokus. Setiap 15 minit anak anda bermain telefon, mereka sebenarnya hilang 60 minit masa tidur.
3. Kanak-kanak akan lambat bercakap.
4. Turun berat badan (kerana tidak bermain dan hanya main telefon bimbit), insomnia, sakit kepala, tiada selera makan dan mengalami masalah mata.
1. Kanak-kanak boleh berubah perangai atau menjadi depresi.
2. Mereka juga boleh menjadi agresif dan mudah marah sekiranya ibu bapa tidak beri telefon bimbit kepada mereka.
3. Kebolehan berfikir, menahan diri dan mengawal emosi mereka juga boleh terjejas.
4. Masalah kerisauan melampau, rasa sunyi, mengasingkan diri, mood tidak menentu dan kerap melawan.
5. Terdedah kepada telefon bimbit juga boleh meningkatkan risiko ADHD dan autisme.
Sememangnya, agak sukar untuk membesarkan anak-anak tanpa guna telefon bimbit, tapi anda boleh menggunakannya dengan bijak tanpa menjejaskan mereka melalui peraturan ini:
Tolong ambil perhatian ya para ibu bapa!
Semoga bermanfaat.
Sumber: TheAsianParent Malaysia
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza