Featured By: Ad Ops March 8, 2018 @ 12:32pm

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

Koleksi pertama dipanggil “Global Shero”, dan memberi penghormatan kepada wanita-wanita yang telah memberi impak dalam bidang masing-masing dan secara tak langsung menjadi contoh terbaik kepada peminat-peminat muda mereka.

“Setiap kali kanak-kanak bermain dengan patung Barbie, mereka akan membayangkan yang patung mereka mempunyai karakter berlainan,” kata Naib President Kanan and Pengurus Besar Mattel, Lisa McKnight.

“Dengan mewujudkan koleksi ini, Mattel berharap agar pencapaian wanita-wanita ini akan lebih diketahui ramai dan ia akan mengingatkan orang ramai yang mereka boleh jadi apa saja yang mereka nak dalam hidup.”

Koleksi ini merangkumi 14 patung dan berinspirasikan wanita dari arena seni, masakan dan sukan. 

Mereka adalah Chloe Kim (juara snowboarding), Nicola Adams (juara boxing), Ibtihaj Muhammad (juara fencing), Hui Ruoqi (juara bola tampar), Misty Copeland (balerina), Sara Gama (pemain bola sepak), Gabby Douglas (juara gimnastik), Yuan Yuan Tan (balerina), Guan Xiaotong (pelakon dan dermawan), Martyna Wojciechowska (wartawan), Hélène Darroze (chef antarabangsa), Bindi Irwin (pencinta alam), Patty Jenkins (pengarah filem), Vicky Martin Berrocal (pereka fesyen dan ahli perniagaan), Ashley Graham (model dan ahli aktivis bentuk badan) dan Leyla Piedayesh (pereka fesyen dan ahli perniagaan).

Wow! Mungkin ada yang tak kenal siapa wanita-wanita ini tapi mereka sememangnya telah berbakti untuk bidang masing-masing.

Malangnya, koleksi Global Shero ini ialah one-of-a-kind dan bukan untuk dijual. Alaaa!

Tapi jangan risau! Ada satu lagi koleksi Barbie ikon wanita yang anda boleh beli: “Inspiring Women”.

Kalau patung-patung Global Shero menonjolkan ikon wanita moden, Inspiring Woman pula memperkenalkan wanita-wanita termasyhur masa lepas.

Ada 3 wanita je — Frida Kahlo (pelukis dan aktivis terkenal), Katherine Johnson (pakar matematik NASA dan pakar fizik) dan Amelia Earheart (perintis penerbangan).

Ramai peminat-peminat Barbie (yang dah pun dewasa) teringin sangat mendapatkan patung Frida Kahlo; sebab memang legend kot!

Frida ini bukan saja pandai melukis, dia juga adalah ikon feminis yang terkenal dengan kekuatan dan semangat kentalnya. Dia mengharungi pelbagai cabaran untuk menjadi seorang pelukis dan akhirnya berjaya menarik perhatian ramai dengan perspektif unik yang dapat dilihat dalam lukisannya.

Melalui seninya juga, Frida telah memperjuangkan hak asasi manusia seperti identiti, kelas dalam kehidupan dan bangsa, dan menyampaikan mesej kewanitaan. Hasil-hasil lukisannya terus memberi inspirasi kepada ramai orang untuk melakar sendiri impian mereka. Wah!

Koleksi Inspiring Women akan mula dijual pada bulan ini.

Anda boleh melayari website Barbie untuk mengetahui lebih lanjut tentang wanita-wanita yang telah terpilih untuk dua koleksi baru ini, serta pencapaian mereka.

Sumber: barbie.mattel.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Aug 2018

5 Mitos Tentang Nyamuk & Fakta Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Jom belajar tentang nyamuk sempena World Mosquito Day yang disambut pada hari ini!

Eat Travel Tue, 17 Mar 2020

Ikan singgang juadah ringkas, tetapi banyak khasiat

Jangan pandang sebelah mata menu ini

Featured Wed, 22 Jun 2022

Syamsul Yusof Bakal Berkahwin Lagi? Ini Respons Puteri Sarah Liyana – “Hati Saya Tenang Sekembali Mengerjakan Umrah, Tapi Soal Tu Saya…”

Sayu pula min dengar luahan hati Puteri Sarah 😭🥲 Apapun, min doakan semoga mahligai cinta bersama Syamsul dilindungi ❤️

Featured Tue, 26 Jun 2018

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Lumur sunblock di seluruh kulit wajah dan badan sebegai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

Featured Sat, 24 Dec 2022
Featured Thu, 19 Dec 2019

Ambil madu setiap pagi bantu turunkan berat badan? Ini caranya

Kajian UMT bukti madu penawar segala penyakit

Featured Mon, 15 May 2023

Mengajar Semasa PKP, Shazabae Kongsi Cabaran Jadi Pensyarah – “Garang Tetap Garang Tapi…”

Min setuju dengan Shaza! Zaman ni semua orang pandai, tapi takkan nak book smart je kan?

Featured Fri, 17 Jun 2022

“Siapa Dr. Azra ni? Tolong Munculkan Diri” – Ellie Suriaty Akui Terkesan, Mohon Jangan Permainkan ‘Cinta’ Azri Iskandar

Kesian anak-anak tertanya siapa bakal ibu tiri mereka. Ellie mohon Azra jangan jadi pengecut & berselindung

Featured Fri, 21 Feb 2020

Linda Rafar & Diana Rafar bongkar rahsia kecantikan

Ketahui rahsia adik-beradik itu kekal cantik berseri

Featured Thu, 20 Oct 2022