Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 22, 2022 @ 11:37am

Syamsul Yusof Bakal Berkahwin Lagi? Ini Respons Puteri Sarah Liyana – “Hati Saya Tenang Sekembali Mengerjakan Umrah, Tapi Soal Tu Saya…”

Kemelut rumah tangga pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 37, dan suaminya, Syamsul Yusof, 38, semakin hangat diperkatakan.

Pergolakan perkahwinan aktres dan pengarah tersohor ini masih heboh menjadi perbualan orang ramai, lebih-lebih lagi selepas Syamsul dilaporkan bakal berkahwin dengan kekasih hati, Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga setelah lama memendam rasa selama empat tahun.

Terbaru, menerusi Instagram Live Puteri Sarah sebelum ini memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus suaminya bakal berkahwin lagi.

Tegasnya, Puteri Sarah enggan mengambil peduli dan mahu beri perhatian sepuhnya kepada anak-anak yang tidak sihat.

“Saya tak tau dan saya pun baru tahu,, Minta maaf, saya tak nak ambil tahu pasal kisah lain. Rasanya tak perlu saya ulas mengenai isu ini.

“Hati saya tenang-tenang sahaja sekembali mengerjakan umrah, bulan lalu. Memang saya melalui pergolakan rumah tangga sejak empat tahun lalu, namun, Allah lebih tahu.

“Buat masa sekarang, keutamaan saya adalah anak-anak. Sekarang, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, sedang sakit.

“Kisah Syamsul nak kahwin lagi, biarlah… Saya tak kuasa ambil kisah,” katanya.

Rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah bergolak selepas dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, malah turut mendakwa suaminya tahu mengapa dirinya bersikap ‘dingin’.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Harap Ira Kaza & Syamsul Yusof Tak Akan Berkahwin – “Kasihan Kepada Menantu Saya Jika..”

Artikel Berkaitan: “Dah Macam Amber Heard Pula Tengok Dia Ni, Kind Of Funny!”- Sebab Kesiankan Bapa, Puteri Sarah Liyana ‘Malas’ Layan Drama Ira Kaza

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Feb 2026
Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Trending Hari Ini Thu, 21 May 2020

Tiada Lagi Rentas Negeri Bermula Hari Ini – Ismail Sabri

kenderaan yang tertangkap ketika cuba rentas negeri akan dikenakan kompaun

Featured Fri, 27 Sep 2024
Featured Wed, 13 Dec 2023
Trending Sun, 25 Oct 2020

Lagu Cinta Kita Kembali Untuk Musim Ke-2!

Wah, kembali untuk musim kedua!

Kisah Viral Fri, 8 Dec 2023

Dedah Detik Anak Hilang Dari Pandangan, Rakaman Suara Wanita Dipercayai Ibu Arwah Adik Zayn Rayyan Tular 

Anak Syurga, Zayn Rayyan… Tenanglah adik di tempat paling indah itu 😭😭😢

Featured Thu, 25 Sep 2025

Nina Ismail Sabri Dedah Momen Lucu, Suami Silap Teka Ujian Kehamilan Sebagai Positif Covid 

Nina berkata, itu adalah momen paling mengujakan buat dia dan suami.

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

“Saham ASB Tak Banyak, Tapi Saham Akhirat Dari Threads Alhamdulillah Makin Bertambah” – Betty Rahmad

Betty dengan sinis mengatakan dia bersyukur apabila mendapat saham akhirat yang banyak daripada netizen. 

error: Content is protected !!