Categories: Featured

Permainan ‘Di Mana Najib’ Di Google Play Store Sentuh Sensitiviti Malaysia?

Pernah atau tidak anda mendengar sebuah permainan video dinamakan ‘WHERE Is Najib’?

Permainan mudah alih percuma ini menampilkan mantan perdana menteri Malaysia dalam lensa sindiran untuk melihat dakwaan yang mengelilingi Najib.

Skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pemberian derma ke dalam akaun beliau dan pelbagai dakwaan ke atas Najib menjadi inspirasi kepada syarikat Singapura Glassfire Games untuk menghasilkan permainan tersebut.

Foto: Vulcan Post

Permainan video telefon pintar yang dicipta oleh sebuah syarikat Singapura Glassfire Games, yang kini boleh didapati di App Store dan juga boleh didapati di Google Play Store pada suku keempat 2018.

Menerusi laporan Digital News Asia, Samantha De Silva dari Glassfire Games, berkata, mereka membuat permainan berdasarkan senario Malaysia.

“Saya bukan sekadar menjadikan permainan ini sebagai satu hiburan tetapi mahu menceritakan seluruh perkara yang berlaku,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Cara permainannya amat mudah iaitu mengetuk kepala karektor Najib apabila watak permainan itu mengeluarkan kepalanya.

Setiap ketukan yang tepat akan memberikan pemain sebanyak 10 markah selain diberikan masa 10 saat untuk mencapai 100 markah bagi ‘mencari’ Najib. Jika mampu mencapai 100 markah, mereka diberikan beberapa jawapan sarkastik.

So, warga negara Malaysia adakah anda bersetuju dengan tindakan syarikat ini? Penulis tidak sama sekali pro kepada mantan Perdana Menteri tetapi tindakan memperlekehkan bekas Menteri Malaysia selain mencalarkan maruah negara ini sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan!

Bukan ini caranya negara kejiranan memperlekahkan beliau apatah lagi prosiding mahkamah masih berjalan dan beliau belum dibuktikan bersalah!

Sumber: Sinar Harian

Yanie Baharom