Featured By: Ad Ops August 21, 2018 @ 2:00pm

Produk Makeup Anda Terjatuh Lalu Berkecai? Jangan Buang Tapi ‘Selamatkannya’ Dengan Cara Mudah Ini

Aduuuh! Anda mesti panik seketika jika alat makeup seperti compact powder dan eyeshadow terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai dan hancur berkecai.

Hati yang berdegup kencang tadi pun mesti akan turut sama hancur berkecai setelah melihat keadaan produk makeup tadi, terutama sekali jika ia berjenama mahal dan susah nak dapat.

Sebelum anda menangis dan meratapi kehilangannya, jangan risau dan jangan buang lagi benda itu! Ia sebenarnya masih boleh digunakan.

Cara yang paling mujarab adalah dengan melarutkan serpihan-serpihan makeup itu dengan ‘alkohol gosok’ atau rubbing alcohol. Tapi tak pasti sama ada cecair tu Halal atau tidak.

Tak apa, tak apa! Gunakan saja wet wipes yang biasa anda pakai untuk hapuskan kuman di tangan atau mana-mana permukaan.

Jom belajar cara-cara untuk membaikpulih alat makeup yang hancur.

1. Masukkan semula kepingan-kepingan makeup yang hancur tadi ke dalam bekasnya. Yang halus-halus itu terpaksalah anda korbankan. Jangan kutip! Entah-entah anda terkutip habuk sekali.

Foto: girlversusmakeup.com/

Hancurkan semua kepingan tadi sampai halus dengan cungkil gigi (ya, betul, memang kena hancurkan kesemuanya supaya sama rata). Lagi halus serpihan makeup itu, lagi bagus.

Kalau nak senang, masukkan saja ke dalam plastik dan tumbuk-tumbuk dengan sudu sebelum memasukkannya balik ke dalam bekas asal.

Foto: Wikihow

2. Letakkan sehelai wet wipes ke atas bekas makeup tadi (seperti di dalam gambar di bawah) dan tekan serpihan-serpihan powder itu dengan jari sampai ia rata dan mampat.

Foto: girlversusmakeup.com

Tapi ingat! Sebelum memulakan proses ini, pastikan tangan anda betul-betul bersih supaya bakteria tak merebak ke makeup tersebut.

3. Akhir sekali bersihkan bahagian tepi bekas makeup tadi menggunakan cotton bud supaya nampak kemas.

Foto: girlversusmakeup.com

Biarkan semalaman sebelum menggunakannya supaya kelembapan dari wet wipes tadi hilang dan kering. Itu saja!

Mudah, bukan? Memanglah ia tak nampak macam baru, tapi at least ia masih boleh digunakan. Jom cuba!

Sumber: girlversusmakeup.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Aug 2022

Perkhabaran Positif Pada Ulang Tahun Kelahiran, Ainul Mardhiah Kini Sudah Sedar!

Alhamdulillah syukur semoga Ainul Mardhiah terus kuat dan sihat 🤲❤️

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Featured Thu, 27 Jan 2022
Featured Fri, 14 Feb 2020

Isteri pun boleh jadi sehangat model Victoria’s Secret kalau suami lakukan ini…

Apabila isteri atau teman wanita merajuk, kebanyakan lelaki lazimnya tidak berusaha untuk memujuk, malah ada yang buat tidak endah. Walaupun tidak semua lelaki sebegitu, kebanyakannya memang sebegitu! Walhal wanita yang dikatakan makhluk Tuhan paling kompleks […]