Eat Travel By: Yanie Baharom April 18, 2020 @ 4:00pm

Pulau Jerejak yang dulu pulau ‘buangan’, kini tarikan utama si kaki foto

Sebut saja Pulau Jerejak, Pulau Pinang kebanyakan orang mengenalinya sebagai ‘Alcatraz Malaysia’ kerana pernah menempatkan tahanan perang selain banduan suatu ketika dulu.

Diisytihar sebagai pulau buangan dan memperoleh gelaran ‘Alcatraz Malaysia’ pada tahun yang sama iaitu 1948, kerana ciri demografik Kem Tahanan Politik British atau Penjara Pulau Jerejak itu yang menyamai Penjara Alcatraz, San Fransisco, Amerika Syarikat, di mana kedua-duanya terletak di pinggiran sebuah teluk.

Dibangunkan sebagai kubu ketenteraan pada awalnya, namun berakhir dengan episod penjara tahanan buat penjenayah.

Menyedari akan faktanya sebegitu, apa lagi dimomokkan dengan pelbagai cerita mistik, kewujudan Pulau Jerejak seolah-olah dipandang sepi, meskipun perjalanan hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot dari jeti di tanah besar.

Namun keadaan mulai berubah sejak ia dikomersialkan sebagai lokasi tumpuan pelancong, khususnya selepas pembukaan Jerejak Island Resort pada 2004.

Sejak itu, pulau berkeluasan 362 hektar ini yang hanya berjarak 1.5 batu nautika dari tanah besar, mula menerima kunjungan tetamu domestik dan antarabangsa.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Jerejak?

Jika anda bermalam di Jerejak Island Resort, anda dijanjikan dengan panorama malam yang unik di pulau berkenaan apabila sekitar pusat peranginan dihiasi taman ‘bercahaya’ warna-warni yang  mengagumkan!

Sesiapa yang berhasrat untuk mengunjungi Avatar Secret Garden iaitu taman lampu seperti dalam babak filem Avatar rasanya boleh menikmati pengalaman sama di sini.

Segenap landskap tampil dengan mood dan tema berbeza dengan mengambil kira perincian lampu diod pemancar cahaya (LED) pelbagai warna sebagai tatahiasnya.

Antaranya deretan tulip berwarna-warni, pondok telefon berwarna merah dan taman Jepun.

Jangan lepaskan peluang bergambar dengan latar belakang unik seperti ‘Stair Away to Heaven’ dan ‘Buaian Lombok’ turut disediakan untuk mereka yang gemar berkongsi foto percutian unik di laman sosial.

Foto: Instagram @shafikahanani

Foto: Instagram @mirulmira_

Foto: Twitter Hazwan Hafiz

Melalui perkongsian pengguna Twitter @hazwanhfiz foto-foto menarik yang telah dirakam ketika bercuti di Pulau Jerejak, berjaya mempamerkan sisi indah pulau berkenaan.

Menerusi kapsyen satu foto yang dimuat naik, pemuda itu memuji keindahan matahari terbenam di Pulau Jerejak lebih hebat dari Batu Ferringgi.

Menurutnya, Pulau Jerejak adalah lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbenam berlatar belakangkan Pulau Pinang. Memang romantik jika melihat bersama-sama pasangan.

Selain itu, kebanyakan lokasi di Pulau Jerejak memenuhi cita rasa ‘Instagrammable’ dan pastinya kaki foto akan suka berkunjung ke sini kerana dapat bermain dengan kreativiti lensa kamera.

Foto: Instagram @fad.nasir

Foto: Twitter Hazwan Hafiz

Foto: Twitter Hazwan Hafiz

Foto: Twitter Hazwan Hafiz

Ia juga sebuah pulau yang masih mengekalkan privasi kerana 70 peratus kawasan ini masih belum disentuh dan dipenuhi hutan tebal.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Jerejak berusia hampir 150 tahun in, juga pernah menjadi pusat kuarantin untuk penyakit kusta dan tibi.

Foto: Instagram @chee_eng.ooi

Terdapat banyak peninggalan sejarah yang ada di sini seperti pusat kuarantin, memorial tentera Russia (boleh dapatkan informasi mengenai kewujudan penaklukan tentera Russia di pulau ini menerusi carian Google), empangan lama, kubu perang, gereja lama, kuburan lama, pusat tahanan, penempatan kusta dan tibi dan juga penjara dan blok pentadbiran.

Mudah sahaja untuk ke Pulau Jerejak ini, anda hanya perlu ke jeti Pulau Jerejak yang berdekatan Queensbay Mall. Caj yang dikenakan untuk tiket bot (pergi dan balik)cuma RM20 sahaja, malah penumpang akan diberi baucar minuman RM5 secara percuma yang boleh ditebus di ‘Beach Bar’.

Foto: Instagram @eva1931

Operasi bot pula setiap sejam dan bermula dari 6.30 pagi hingga 12.30 petang. Perjalanan dari jeti ke Pulau Jerejak dalam lebih kurang 15 minit dan satu bot hanya boleh memuatkan 56 penumpang sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 31 Jan 2023
Events Mon, 18 Dec 2023
Featured Fri, 1 Oct 2021

Boleh Teman Isteri Bersalin Bermula 4 Oktober, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh KKM!

Boleh semak syaratnya ye bakal-bakal ibu/bapa sekalian

Drama Sun, 16 Apr 2023

Drama Kontroversi Anak Tuan Bakal Bersiaran Malam Ini, Pamer Babak Viral Fasha Sandha Tercedera

Allahu, mesti best ni kalau dah fasha dan azhan rani bergabung🔥🔥🔥

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Wed, 27 Jul 2022

“Dah Kena Tinggal, Baru Nak…” – Netizen Salahkan Rossa Sera, Tak Jaga Penampilan Didakwa Punca Shuk Sahar Curang

Itu alasan cliche… kalau nak tinggal memang akan tinggal jangan beri alasan mengarut!

Eat Travel Sat, 9 Jun 2018

Nikmati Kelazatan Butter Chicken Dengan Resipi Mudah Ini

Masakan ini lebih “up” sikit daripada kari ayam biasa.

Eat Travel Tue, 5 Jun 2018