Categories: familuvFeatured

Putera sulung Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah comelnya!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Puteri Diraja Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah (Tengku Iman) atau lebih dikenali dengan nama Iman Abdullah dalam Instagram miliknya, bukan nama asing bagi penggiat media sosial kerana beliau antara figura cantik yang sentiasa menjadi kesukaan warganet untuk dilihat.

Lebih mengujakan puteri kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ini baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung, seorang putera tanggal 23 Julai lalu.

Sepintas mengenai Tengku Iman, beliau mendirikan rumah tangga dengan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif pada 24 Ogos 2018 dalam satu adat istiadat yang penuh gilang gemilang.

Dalam istiadat berkenaan, beliau mengenakan persalinan songket yang sangat indah dan ibarat kata pepatah seperti pinang dibelah dua dengan pasangannya.

Meskipun tidak banyak yang diketahui mengenai  Tengku Iman, namun menerusi laman sosial media beliau jelas memperlihatkan puteri daripada kerabat Pahang ini antara puteri yang menjadi perhatian ramai, malah pernah disenaraikan antara lima kerabat diraja di Asia paling popular.

Sememangnya puteri raja yang juga anak sulung perempuan kepada Agong ini memiliki ciri keibuan yang sangat ketara. Dalam hantaran Instagramnya beliau berkongsi saat manis melahirkan putera sulung menerusi gambar yang dimuat naik, ternyata  kehadiran putera sulungnya itu membawa seribu kebahagiaan sebagai ibu.

Memetik kenyataan pada gambar yang dimuat naik dalam laman berkenaan, beliau menulis “Alhamdulillah untuk keajaiban kecil ini. Selamat datang ke dunia anakku. Kami amat sayang kamu.” 

Foto: Instagram Imanabdullah

Foto: Instagram House of Pahang

Berita gembira itu juga dikongsi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menerusi laman Twitternya dan tidak lupa juga kelahiran putera sulung Tengku Iman telah menarik perhatian orang ramai termasuklah selebriti. 

tex_admin