‘Soal Jodoh, Saya Memang…’- Amira Othman

“Saya memang ada kenalan rapat lelaki tetapi belum sampai ke fasa serius lagi. Yang ajak kahwin, belum ada lagi,” akui penyanyi Amira Othman mengenai jodoh.

Menurut Amira ketika ditemui di majlis pelancaran single Takkan Merubah, dia mengaku seorang yang memilih dalam soal jodoh.

“Sudah tentu saya perlu memilih. Soal jodoh tidak boleh dibuat main.

“Saya juga takut nak berkongsi dengan peminat mengenai hal peribadi memandangkan masih belum di fasa serius.

“ Dahulu saya merancang mahu kahwin pada usia 27-28 tetapi saya tak mahu bersemangat sangat, takut apa yang dirancang tidak menjadi. Saya juga yang tertekan,” katanya tenang.

Bercakap mengenai pilihan bakal suami, Amira memberitahu mengimpikan lelaki yang penyayang dan tidak baran.

“Saya cari yang menerima kerja saya, menjadikan saya lebih baik dan rapat dengan keluarga.

“Paling penting si dia tidak cepat marah,” katanya.

Sementara itu, Amira kini tampil dengan single duet baharu berjudul Takkan Merubah bersama Sufian Suhaimi.

SGMS Faida