Categories: Eat TravelFeatured

Resipi mi kari sedap, dijamin hirup kuah sehingga licin!

Setiap kali tiba hujung minggu, pasti kebanyakan wanita yang sudah berkeluarga buntu mahu menyediakan hidangan apa untuk dinikmati seisi keluarga. Apa kata kali ini anda cuba menyediakan mi kari. Rasanya yang pedas berlemak pasti memikat selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Resipi yang dikongsi oleh Are Peace dan Anisza Mohd Shukri ini sangat mudah disediakan dan paling penting, ‘gerenti’ jadi dan sedap!

Bahan yang diperlukan:

  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 1 labu bawang putih dikisar
  • 2 paket kecil serbuk kari daging
  • 1 senduk pes cili giling/boh
  • 1 paket 3 sekawan (kayu manis, cengkih & bunga lawang)
  • 2 kiub pati ayam Maggi
  • Fishcake } jumlah mengikut kesesuaian
  • Bebola ikan } jumlah mengikut kesesuaian
  • Tauhu kering } jumlah mengikut kesesuaian
  • Isi ayam atau tulang ayam } jumlah mengikut kesesuaian
  • 1 kotak santan 200ml
  • Gula dan garam secukupnya
  • Air
  • Segenggam ikan bilis dan kisar dengan sedikit air sampai hancur (inilah bahan rahsia sebagai penyedap mi kari)

Bahan untuk hiasan:

  • Telur rebus (direbus dan dipotong dua)
  • Cili merah (dihiris)
  • Sawi (dicelur sebentar)
  • Tauge (buang ekor & dicelur sebentar)
  • Limau kasturi (dipotong dua)
  • Mi (dicelur)

Kredit gambar: Senangnya Masak

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar bersama 3 sekawan, cili giling dan serbuk kari sehingga pecah minyak serta naik bau.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis yang sudah dikisar tadi.
  3. Seterusnya, masukkan batang sawi sahaja yang telah dipotong.
  4. Masukkan ayam, bebola ikan dan fishcake.
  5. Kemudian masukkan air dan santan secukupnya mengikut pada kepekatan kuah yang diinginkan.
  6. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya. Anda juga boleh memasukkan sedikit serbuk perasa ke dalam kuah.
  7. Akhir sekali masukkan tauhu kering dan biar mendidih.
  8. Kuah mi kari siap untuk dihidangkan. Anda juga boleh mempelbagaikan bahan mi kari dengan meletakkan udang, kerang, kacang panjang dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

Selamat mencuba!

Kredit sumber: Facebook Senangnya Masak

Ad Ops