Eat Travel By: Yanie Baharom August 14, 2019 @ 11:00am

Sajian menu tempatan dalam suasana klasik Eropah

Terlarut seketika perasaan dalam suasana romantik, bagaikan berada di ruangan istana berhiaskan senibina Eropah yang cukup memukau!

Setiap inci kafe ini cukup sempurna, bermula susun atur sofa empuk bersaiz besar selain bangku rona keemasan dan meja marmar. Rekaan wainscotting klasik rona keemasan yang memenuhi segenap ruang hingga ke atas siling menonjolkan ciri keunggulan.

Malah, terasa bagaikan berada di dalam taman hydrangea yang menghiasi segenap sudut termasuk memenuhi anak tangga menuju ke lantai atas.

Begitulah yang dirasakan penulis saat melangkah masuk ke kafe yang mengabadikan nama Faroz Cafe, terletak di Taman Tun Ismail. Berbisik pula rasa hati, pasti mahal kalau ingin bawa keluarga kemari.

Mungkin juga, tiada hidangan berasaskan masakan Melayu yang sesuai selera tekak orang tua, maklumlah kafe mewah sebegini pastinya menumpukan menu Barat, namun sebaik membuka buku menu yang tersedia, jangkaan meleset sama sekali.

Bukan saja harga bagi setiap hidangan berpatutan bahkan menu tempatan mengikut tradisi negeri juga turut tersedia, misalnya nasi kerabu (Terengganu), nasi dagang (Kelantan), laksa Johor (Johor), soto, pulut kuning, cekodok pisang dan banyak lagi.

Harga makanan di sini lebih kurang restoran Serai, Secret Recipe, Social, Bens dan conceptual cafe yang lain.

Puan Sri Faridah Idris selaku pemilik kafe ini berkata, keseluruhan konsep ini diinspirasikan daripada restoran yang pernah dikunjunginya ketika melancong ke luar negara antaranya London, Paris dan Venice.

“Konsep restoran yang diketengahkan negara Eropah memang menarik, tenang dan romantik malah hidangan yang disediakan juga lazat, namun kebanyakan saiz kafe di sana kecil dan kurang selesa.

Puan Sri Faridah semangnya gemar melakukan dekorasi hiasan dalaman.

“Jadi saya terfikir untuk membuka kafe ini, sebagai memberi pengalaman hebat buat pelanggan menikmati hidangan mereka dalam suasana berkonsepkan taman bunga dan klasik Eropah.

“Matlamat saya, mahu pelanggan menikmati sajian Melayu dan Barat dalam suasana selesa, romantik dan menenangkan jiwa. Kesemua hidangan terutamanya menu lokal, adalah menu yang biasa saya masak di rumah,” katanya.

Hidangan yang terdapat di Faroz Cafe adalah menu yang sering dimasak oleh beliau di rumah.

Antara sajian yang dicuba, nasi dagang kombinasi dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, yang dihidang bersama gulai kari ayam manis dan pekat rempah serta berlemak hasil perahan santan segar.

Turut disajikan nasi kerabu, Braised Lamb Shank, Seared Steak Moroccan style Ribeye laksa Johor, sup tulang merah lamb bone marrow dengan kuah merah dicicah bersama roti mantou kukus atau goreng.

 

Perkara wajib yang pengunjung mesti lakukan di sini ialah mencuba barista ilham kopi wajah yang sedia mencetak wajah anda pada permukaan secangkir kopi.

Hasilnya, pasti membuatkan anda teruja untuk merakam dan memuat naik gambar ke laman sosial Instagram. Serious, ini memang Insta worthy!

Info:

Faroz Cafe

* Lokasi: 39, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail

* Operasi : Isnin hingga Sabtu (10 pagi – 10.30 malam)

* Harga : antara RM6 hingga RM120

  • Instagram: @farozcafe

 

Foto: OWEE AH CHUN/NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

7 Bandar Ideal Untuk Pengembara Solo

Jika anda tak pasti ke mana nak pergi, tengoklah senarai ini.

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Video Anak ‘Sleep Call’ Dengan Kekasih, Ramai Puji Sikap Sharifah Zarina – “Sporting Ye Parents Macam Ni!”

Penyanyi Sharifah Zarina dipuji segelintir wargamaya yang menyifatkan dirinya sebagai ibu yang ‘sporting’. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina merakam anaknya, Athalia yang sedang ‘sleep call’ bersama teman lelakinya. ‘Sleep call’ merupakan terma yang digunakan apabila […]

Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Ini Resipi Pasta Lemon Chicken Cheese Yang Mudah, Masak Dalam 1 Pan Saja

Anda mesti tak pernah rasa masakan pasta macam ini.

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Featured Wed, 16 May 2018

Bintang Bollywood Aishwarya Rai Raih 1.4 Juta Pengikut Di Instagram Dalam Masa 4 Hari!

Akaun milik isteri kepada pelakon Abhishek Bachchan itu kini sudah mencecah 1.4 juta pengikut sejak dibuka empat hari lalu! 

Featured Wed, 9 Aug 2023
Featured Thu, 1 Jun 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022