Categories: FeaturedGaya Hidup

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Umum mengetahui Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula 25 Mac lalu.

Baginda seisi keluarga dikuarantin selepas sembilan petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19. Sejak dikuarantin, baginda banyak berkongsi perkembangan dan aktiviti yang dilakukan menerusi laman Instagram miliknya, @airtangan_tunkuazizah.

Selain terkenal dengan kemahiran memasak, baginda turut memiliki bakat terpendam lain iaitu mengait dan aktiviti itu antara yang dilakukan baginda bagi mengisi masa lapangnya sepanjang tempoh kuarantin.

Menerusi beberapa hantaran terkini dalam Instagramnya, baginda mempamerkan hasil seni kait yang sudah siap iaitu pemegang periuk. Baginda turut dalam proses menyiapkan selimut warna-warni berukuran kira-kira 6×6 meter.

Terdahulu, baginda telah menghasilkan sarung pemegang botol dan tempat pelapik minuman serta makanan. Rata-rata warganet yang mengikuti laman Instagram baginda berasa kagum dengan bakat baginda yang mempunya hasil jahitan yang kemas dan teratur.

Pada tahun lalu, baginda pernah berkongsi selimut kait yang dihasilkan buat cucundanya.

Dalam perkongsian terdahulu, baginda bertitah, seni jahitan tradisional perlu diwarisi generasi muda agar menerusi Twitternya tahun laluterus menjadi kebanggaan negara.

 

“Kita kena ajar anak-anak kita mengait, menganyam dan menyulam. Hidupkan kembali seni jahitan tradisional. Banyak lagi kraf sebagai warisan kita. Inilah sebabnya saya menjuarai dan mahu meninggalkannya sebagai legasi,” titah baginda menerusi Twitternya tahun lalu.

Ad Ops