Tahukah anda? Secara purata, pengurus pengambilan pekerja hanya meluangkan masa enam saat ketika menilai resume seseorang.
Maknanya, dia hanya ada masa untuk meneliti maklumat yang penting sahaja. Yang tidak penting, dia tidak akan lihat dan baca pun.
Itu sebabnya sebelum meminta kerja, anda perlu pastikan resume anda cukup kemas, serta tidak mempunyai apa-apa kesalahan atau info yang tidak relevan.
Nak tahu apa yang anda patut betulkan? Menurut Business Insider, anda tidak perlu masukkan info ini:
Tiada siapa yang kisah jika anda meminati sukan badminton dan bermain pada setiap hujung minggu dengan jiran.
Membazir ruang dan masa sahaja!
Ruangan ini ialah untuk anda maklumkan harapan anda jika diberi jawatan yang anda inginkan itu.
Contohnya: “Highly motivated communications student seeking internship opportunities in advertising or public relations.”
Bahagian ini sebenarnya tidak relevan. Mestilah anda mahukan kerja itu, betul tak? Tidak perlu terangkan lagi. Lainlah kalau anda datang daripada bidang pekerjaan lain.
Tidak perlu guna perkataan ‘I’ ketika menerangkan jenis-jenis tugas yang anda pernah lakukan.
Ini resume anda, takkanlah anda ceritakan mengenai tugas orang lain pula, kan?
Apa jua pekerjaan lama anda yang tiada kena mengena dengan jawatan baharu ini hanya menyemakkan ruang.
Ramai orang mempamerkan foto di dalam resume mereka. Kalau ia tampak profesional, baguslah. Kalau tidak?
Lebih baik anda tak letakkan sekali foto kerana ia menggangu fikiran pembaca. Lagipun, ia sebenarnya tak bercita rasa tinggi.
Sesetengah orang tuliskan nombor telefon pejabat mereka di dalam resume. Jangan!
Takkanlah anda mahu majikan atau rakan sekerja anda tahu bahawa anda sedang mencari kerja lain?
Perkataan seperti ‘go-getter,’ ‘people pleaser,’ ‘think outside the box’ dan ‘synergy’ sudah kerap sangat orang gunakan di dalam resume mereka.
Perkataan-perkataan yang klise seperti ini juga akan membuatkan pengurus pengambilan pekerja rasa turn off.
Ketika menerangkan tugas untuk pekerjaan lama, gunakan past tense.
Contoh: “Built talent schedules for junkets, press days, photo shoots and film premieres. Oversaw all New York screenings.”
Untuk pekerjaan terkini barulah anda gunakan present tense.
Di ruangan maklumat peribadi, anda tidak perlu masukkan perkataan ‘Name,’ ‘Address,’ ‘Tel’ atau ‘Email Address.’
Maklumatnya sahaja sudah cukup. Ingat, jangan membazir ruang dengan perkataan yang sememangnya orang sudah tahu!
Dah dapat idea? Semoga resume anda sempurna!
cinta tak seharusnya memiliki
kesian Luqman!
Aliff Aziz beri ruang hubungan jadi lebih rapat
‘Remuk hati saya saat ini tak seteruk apa yang Bella lalui’ - Aliff Aziz