Categories: Eat TravelFeatured

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Terengganu sentiasa menjadi destinasi pilihan penulis untuk berlibur.

Sebagai seorang pencinta alam yang sentiasa merindukan desiran ombak, percutian di Pulau Redang, Pulai Perhentian dan Pulau Kapas, tidak sedikit pun menjemukan meski sudah berkali-kali menjejakkan kaki ke sana.

Apabila berada di Terengganu, satu kewajipan juga untuk memborong keropok lekor antaranya di Dynar Lekor dan Keropok Lekor 008. Selesai membeli keropok lekor dan sebelum pulang ke Kuala Lumpur, penulis akan singgah terlebih dahulu di Warung Pok Nong.

Foto: denai.my

Beralamatkan A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, Kuala Terengganu, warung Pok Nong menjual aneka jenis sotong, ikan dan udang celup tepung yang sangat lazat, dijual pada harga berpatutan meskipun saiz makanan laut yang tersedia besar-besar uols!

Digunting pada kepingan-kepingan saiz yang mudah untuk dijamah, bayangkan 3 ekor sotong celup tepung cuma berharga RM20.
4 ekor udang celup tepung cuma RM5 dan 2 ekor ikan selayang celup tepung (RM6). Murah ke tidak?

Bak kata orang, di Terangganu anda boleh nikmati apa saja makanan lautnya sampai muntah kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Foto: denai.my

Suasana beratur panjang adalah panorama biasa sekiranya anda pertama kali mengunjungi warung ini. Bayangkan penulis sendiri pernah beratur lebih dari satu jam. Longgar lutut tapi sedap punya pasal, ku gagahkan juga!

Paling best dan layan giler, anda boleh menikmati hidangan yang dipesan di tepi pantai kalau kerusi dan meja di dalam warung penuh. Di mana terdapat pondok-pondok kecil disediakan untuk bersantai.

Pesanan penulis kalau sudah sampai Terengganu tu lebih-lebih lagi bawa keluarga bersama, jangan lupa singgah ke Warung Pok Nong. Bagi emak dan abah happy sikit!

Anda mesti takkan menyesal apatah lagi menerima layanan baik daripada tauke kedai iaitu Pok Nong sendiri. Orangnya humble dan peramah.

Foto: denai.my

Yanie Baharom