Categories: FeaturedGaya Hidup

5 Kesan Buruk Jika Anda Kerap Tengok Handphone Sebelum Tidur

Penulis percaya rata-rata dalam kalangan anda akan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk tengok telefon bimbit, atas katil sebelum tertidur. Melayan media sosial, video, Youtube, baca artikel, periksa email dan sebagainya menerusi telefon bimbit. Betul tak?

Tahukah anda, tabiat ini akan memberi kesan buruk pada diri anda sendiri? Menerusi petikan artikel oleh Health Flash, terdapat 5 kesan buruk yang dialami individu sekiranya kerap melihat telefon bimbit sebelum tidur. Jom semak!

1. Mata rosak

Kalau anda nak tahu, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah merosakkan mata.

Menurut kajian American Macular Degeneration Association, cahaya biru ini boleh merosakkan retina dan akan menyebabkan anda rabun.

Cara yang terbaik adalah dengan menjauhkan telefon bimbit daripada diri ketika tidur serta mengurangkan level skrin pencahayaan bagi mengelakkan kerosakan mata. 

Foto: Maskulin

2. Tidur terganggu

Kekerapan anda bermain telefon bimbit juga akan menjejaskan kualiti waktu tidur. Pernah tak anda alami, rasa terlalu mengantuk tetapi bila main telefon bimbit terus hilang rasa mengantuk itu?

Sebenarnya, cahaya biru pada telefon itulah yang telah memanipulasi otak dan menyekat pengeluaran melatonin (hormon yang mempenyaruhi kualiti tidur). Selain itu, gangguan melatonin inilah yang menyebabkan orang tidur berjalan, tidur-tidur ayam dan insomnia. 

Pakar ada mencadangkan agar anda menutup segala peralatan elektronik sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu tidur bagi mengatasi masalah ini.

Foto: Todiaa

3. Tekanan

Tidur yang terganggu akan menyebabkan timbulnya pelbagai kesan seperti masalah fizikal mahupun emosi. Apabila anda tak cukup tidur, anda akan lesu dan berasa letih pada keesokan harinya. Nak pergi kerja pun tiada mood!

4. Meningkatkan risiko kanser

Untuk pengetahuan anda, Yayasan Kesihatan Dunia 2011 telah meletakkan telefon bimbit sebagai bahan karsinogen kepada manusia kerana adanya pancaran radiasi elektromagnet yang menyumbang kepada kanser. 

Sebenarnya, risiko terjadinya kanser dengan penggunaan telefon bimbit masih dikaji tetapi pendedahan kepada cahaya biru yang lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan prostat. 

Bukan itu saja, pendedahan radiasi telefon bimbit juga akan meningkatkan risiko kanser otak, apabila telefon sering diletakkan berhampiran kepala ketika tidur.

Foto: Viva

5. Semakin pelupa

Penggunaan telefon bimbit dengan cara yang salah mampu menghilangkan memori anda. Penggunaan yang kerap sebelum tidur akan mengganggu waktu tidur anda dan antara punca utama menyebabkan anda menjadi pelupa.

Ini kerana, setiap malam otak memerlukan rehat bagi memperbaiki kerosakan sel pada waktu siang hari sekaligus membentuk sel baharu. Sebab itulah, kita akan selalu rasa tak mampu berfikir dengan betul jika tidak dapat tidur yang secukupnya pada malam hari.

Jadi, limit kanlah penggunaan telefon bimbit anda lebih-lebih lagi sebelum masuk tidur. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya dan berkualiti.

Sumber: Health Flash

tex_admin