Categories: FeaturedOh Lawa

Tip memilih tiara buat si dia yang berhijab agar tampil memikat pada hari bahagia

Tahun ini nampaknya perkahwinan secara atas talian adalah yang terbaik untuk bakal mempelai, meskipun kerajaan sudah memberi kelonggaran melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).

Sehingga kini, sukar diramalkan bilakah wabak COVID-19 ini akan berakhir kerana setiap hari ada saja kes baharu dicatatkan.

Bahkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam sudah memberi bayangan kemungkinan PKP akan dikuatkuasakan semula jika penularan jangkitan wabak COVID-19 kembali meningkat.

Kembali memperkatakan topik perkahwinan atas talian yang dilihat sebagai satu penyelesaian terbaik ketika ini, tidak bermakna bakal pengantin boleh sambil lewa dengan penampilan mereka.

Sekalipun hanya jadi tatapan keluarga terdekat sahaja, aura pengantin haruslah dijaga. Merias rapi diri dengan solekan malar segar dalam busana putih perkahwinan, agar ia menjadi satu memori indah sepanjang hayat.

Serlahkan penampilan ratu sehari dengan pemakaian tiara. Tetapi perlu hati-hati dalam membuat pilihan kerana jika tersalah memilih tiara boleh mencacatkan penampilan anda.

Sebagai panduan buat ratu sehari, Hijab & Heels kongsikan tip memilih tiara sepadan busana perkahwinan serta bentuk wajah agar dapat mencipta keserian yang luar biasa pada hari bahagia!

Tip berikut boleh anda beri perhatian ketika memilih tiara:

1. Kalau gaun dan tudung pengantin rekaan sudah mewah, maka anda hanya perlu tiara kecil dan ringkas.

Foto: Hijab Crown

2. Memilih warna tiara yang senada dengan gaun adalah pilihan terbaik, tampak cukup elegan dan manis!

Foto: Hijab Crown

3. Jangan takut untuk mengenakan tudung yang polos dan tanpa hiasan, jika anda sudah memiliki tiara sudah pasti dapat menyerlahkan penampilan pengantin.

Foto: Hijab Crown

4. Tiara juga menjadi pelengkap dan mencipta tarikan pada gaya tudung yang sederhana.

Foto: Hijab Crown

5. Tiara dengan motif padat yang lengkap dengan kilauan menjadikan penampilan anda jadi lebih elegan.

6. Bagi anda yang bertubuh sedikit besar, sebaiknya jangan memilih tiara dengan motif padat. Alasannya, agar penampilan anda tidak nampak sarat.

Foto: Hijab Crown

Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda!

Yanie Baharom