Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Pelajar Sekolah Akan Terus Menerima Perkhidmatan Imunisasi, Kini Dilakukan Di Fasiliti Kesihatan Kerajaan

Perhatian buat ibu bapa dan penjaga!

Perkhidmatan imunisasi bagi murid sekolah untuk tahun ini masih lagi diteruskan, kini di fasiliti kesihatan kerajaan meskipun sekolah ditutup susulan penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Keutamaan Buat Murid Tahun Satu

Tambahnya, program ini memberi keutamaan khusus buat pelajar Tahun Satu.

“Perkhidmatan imunisasi ini akan diberikan di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan. Pada tahun 2020, keutamaan diberikan kepada pemberian imunisasi untuk murid tahun satu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, semua ibu bapa dan penjaga diminta membawa anak-anak mereka yang berada dalam tahun satu untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut apabila menerima jadual temujanji melalui pihak sekolah.

Beliau berkata demikian ekoran penyampaian perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana sekolah masih ditutup dan sesi persekolahan turut belum bermula.

Ia melibatkan pemberian imunisasi mencegah penyakit demam campak (Measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus) untuk murid tahun satu, imunisasi Human Papillomavirus (HPV) bagi murid perempuan tingkatan satu dan imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus) bagi murid tingkatan tiga.

Untuk kenyataan penuh oleh Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan perkhidmatan imunisasi ini, korang boleh baca di laman rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini.

Syafiqa Irdina