Categories: familuvFeatured

Tip Simpan Stok Susu Ibu Yang Kemas & Jimat Ruang

Ibu yang memberikan bayi sepenuhnya susu badan pastinya sangat penting untuk menyimpan stok susu apabila ingin kembali bekerja apabila tamat tempoh cuti berpantang.

Yela, susu ibu sangat baik untuk bayi nak dibandingkan dengan susu formula kan? Bila dah dianugerahkan susu badan yang ‘melimpah’, sangatlah bagus bagi ibu membuat stok susu untuk diminum bayi apabila ditinggalkan kepada pengasuh. 

Jadi, penulis nak kongsikan kepada para ibu semua tentang bagaimana cara untuk mengendalikan dan menyimpan susu ibu dengan teknik yang betul dan jimat ruang! Cara ini telah dikongsikan oleh seorang ibu, Ain Amy Kamal di laman Instagramnya. Jom semak!

Pam susu setiap 3 jam

Untuk mendapatkan stok susu yang mencukupi, anda boleh pam susu setiap 3 jam sekali secara rutin. Walaupun anda sedang bekerja, anda boleh saja pam susu di bilik ofis ataupun ikut kesesuaian tempat.

Cara menyimpan stok susu

1. Tulis maklumat pada storage bag (nama, tarikh dan sukatan). Gunakan storage bag 9oz.

2. Tuang susu di dalam storage bag dan gunakan freemie cups untuk memudahkan susu dituang agar tidak tumpah. Walaupun storage bag untuk 9oz, tuangkan hanya 4oz susu saja untuk elakkan kembung pada plastik bila disimpan dalam freezer. (Rujuk video)

3. Keluarkan udara dalam storage bag terlebih dahulu dan barulah zip dengan kemas. (Rujuk video) Tujuan mengeluarkan udara supaya ianya lebih kemas dan tidak tebal apabila dibekukan.

4. Kemudian, masukkan ke dalam freezer dengan teknik ‘lay flat‘ (baringkan) sehingga beku.

5. Apabila dah beku, boleh masukkan di dalam bekas plastik transparent.

Mudah saja kan? 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram

tex_admin