Categories: FeaturedOh Lawa

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

Kebelakangan ini, gaya tudung lilit atau selendang menjadi pilihan kebanyakan wanita muda kontemporari, namun sebahagian besar wanita masih memilih tudung siap dipakai yang mempunyai sengkuap pada bahagian depan.

Gaya tudung siap dipakai atau ready-to-wear cukup popular pada awal abad ini, malah kebanyakan jenama mencipta pelbagai inovasi bagi menghasilkan rekaan sungkuap yang lebih mesra pengguna, iaitu tidak rosak apabila dibasuh.

Penggunaan fabrik sintetik yang lebih lembut dan mudah dibentuk menjadikan sengkuap (awning) tidak lagi keras dan mudah dibentuk walaupun dibasuh dengan mesin basuh. Antara jenama yang masih mengekalkan gaya berkenaan ialah JimmyScarves yang diasaskan pada tahun 2017.

Tudung labuh JImmyScarves memenuhi keperluan syarak, tetapi tetap bergaya.

Pengasas JimmyScarves, Azim Mat Noor atau lebih dikenali dengan nama Jimmy dalam kalangan pelanggannya, berkata jenama itu terus setia menghasilkan pelbagai rekaan tudung sengkuap dan labuh bagi memenuhi kehendak pelanggan.

“Wanita di negara ini mempunyai pelbagai cita rasa, ada yang menggemari tudung moden yang dililit keliling leher, tetapi ada juga yang ingin menutup bahagian depan sepenuhnya.

“Oleh itu, JimmyScarves menghasilkan himpunan yang memenuhi keperluan hijabista sebegitu, namun tetap diberi suntikan kontemporari,” katanya.

Azmi mengasaskan jenama JImmyScarves bagi memenuhi keperluan wanita yang menggemari tudung labuh.

Bermula dengan hanya memasarkan aneka tudung rekaan jenama itu di laman sosial, Instagram, JimmyScarves kini mengembangkan perniagaan dengan menghasilkan produk baharu khususnya aksesori untuk wanita bertudung seperti kerongsang, anak baju dan selendang.

Jimmy yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar  dan Kawasan daripada Universiti Teknologi MARA berkata, jenama itu juga memastikan setiap rekaan corak turut diberi penekanan.

Penghasilan corak menepati tema minimalis,tetapi tetap bergaya.

“Kebanyakan wanita walaupun hendak mengenakan tudung yang labuh, mereka tetap ingin tampil bergaya. Oleh itu, JimmyScarves sentiasa memastikan corak yang dihasilkan pada fabrik menepati tema minimalis, tetapi elegan dan ranggi. 

“Pada masa sama, wanita juga boleh bereksperimen dengan tudung labuh sama ada untuk membiarkan panjang atau dipendekkan,” katanya.

Bersempena dengan ulang tahun ketiga penubuhan jenama itu, JimmyScarves memperkenalkan Himpunan Bawal Maryam sedia dipakai.

Semua produk JimmyScarves boleh didapati di laman sesawang jimmyscarves.com, selain butik di Bandar Sri Sendayang dan bakalmembuka beberapa butik di Bangi serta Shah Alam.

Fadzlena Jafar