Categories: Featured

Walaupun Nyaris Buta Akibat Mentatu Biji Matanya, Wanita Ini Tak Menyesal Dengan Keputusannya

Dia nyaris berdepan dengan risiko buta seumur hidup apabila dia mentatu biji matanya menjadi warna biru. Tapi pengalaman mencemaskan itu begitu mudah untuk gadis ini lupakan setelah dia melihat hasilnya. 

Memiliki lebih daripada 50 jenis tatu pada tubuhnya dalam tempoh tujuh tahun, Amber Luke, 23, mengakui dia telah jatuh cinta pada imej baharunya itu.

Amber membelanjakan lebih 6,000 Pound Sterling untuk mentatu dan melakukan seni badan lain sejak dia berusia 16 tahun. Malah dia turut memisahkan lidahnya hingga bercabang, macam biawak.

Foto: Daily Mail

“Prosedur untuk mentatu biji mata hanya mengambil masa selama 40 minit. Ia amat menyakitkan. Mata saya terbuka manakala jarum dimasukkan ke dalam mata sebanyak empat kali. Saya tidak dapat melihat selama tiga minggu,” katanya.

Amber yang berasal dari Australia memberitahu MailOnline:”Saya digelar sebagai ‘Blue Eyed White Dragon’ di kalangan rakan-rakan. Mereka panggil saya dengan gelaran itu kerana mata dan lidah saya kelihatan seperti seekor naga.”

Foto: Daily Mail

“Saya lihat diri saya sebagai kelihatan kosong, jadi saya benci dengan wajah saya sebelum ini. Ia amat membosankan,” katanya.

Amber sering berkongsi rupa wajah terbaharunya itu dengan seramai 21,000 pengikutnya di Instagram. Kini dia merancang untuk membuat gigi depannya kelihatan tajam seperti puntianak.

Sumber: Daily Mail

Yanie Baharom