Zizan Bakal Pindah Ke Indonesia?

Wow! Selepas kerjasama pertama dengan produksi milik pelakon ‘papan atas’ di Indonesia, Raffi Ahmad, karier Zizan Razak dilihat bakal menyinar di sana tak lama lagi.

Selepas selesai penggambaran filem Peluang Ke Duda pada Mac lalu, nampaknya Raffi Ahmad kini menawarkan Zizan untuk tinggal di sana.

“ Dia nampak kemampuan saya dan masa depan dalam industri perfileman di sana.

“ Dia juga menawarkan kepada saya untuk menetap di Indonesia kerana ada beberapa perancangan yang disusun untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Namun pelakon, penyanyi dan pengacara enggan terburu-buru atau tamak dalam membuat keputusan.

“ Saya takut nanti tak mampu nak beri komitmen penuh. Apa pun, saya anggap itu adalah rezeki untuk saya,” katanya.

Zizan juga sentiasa berharap pihak pengurusannya di Malaysia dan produksi milik Raffi boleh menyusun jadual supaya lebih banyak peluang terbuka untuknya.

“Saya sangat berharap jadual saya boleh disusun dengan baik dan saya mendapat lebih banyak peluang untuk beraksi di negara itu.

“Saya anggap diri saya bagai artis baru di Indonesia. Malah, seperti bayi baru, saya kena kerja lebih keras,” katanya.

SGMS Faida