Categories: FeaturedOh Lawa

Zendaya hadiri Met Gala sebagai Cinderella dengan gaun yang bercahaya setelah ‘dijampi!’

Saban tahun, pelakon tinggi lampai Zendaya tidak pernah gagal daripada meninggalkan impak dari segi penampilannya ketika menghadiri Met Gala.

Bagi anda yang tidak tahu, Met Gala ialah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan oleh peminat fesyen dunia.

Selebriti terkenal dari seluruh dunia yang dijemput hadir pasti akan cuba tampil dengan gaya fesyen yang sangat luar biasa. Lagi lain macam, lagilah mereka akan dipuji!

Salah seorang daripada mereka yang sering mendapat perhatian kerana keberaniannya dalam menonjolkan stail yang daring dan luar biasa ialah Zendaya.

Tema Met Gala tahun ini ialah ‘Camp: Notes On Fashion,’ di mana tetamunya boleh tampil dengan apa jua gaya fesyen yang mereka mahu tanpa sebarang batasan. Syaratnya, mereka perlu tampil over-the-top.

Zendaya tampil sebagai Cinderella, lengkap dengan gaun Tommy Hilfiger yang kembang serta rambut blonde yang digayakan sama seperti rambut puteri Disney berkenaan.

Foto: Getty Images

Stylist beliau, Law Roach, menemaninya di atas karpet merah dan berlakon sebagai ibu pari-pari yang memegang sebatang tongkat sakti.

Tema magis ini tidak tamat di situ sahaja!

Gaun Zendaya asalnya berwarna hitam kelabu. Tetapi setelah Law menghayunkan magic wand miliknya, gaun berkenaan mula bercahaya dari bawah dan akhirnya ia menjadi warna biru!

Anda tengoklah sendiri!

Foto: Getty Images

Foto: Getty Images

Bukan itu sahaja, Zendaya juga membawa sebuah beg tangan kecil yang berupa kereta kuda yang Cinderella naiki untuk ke istana Prince Charming. Comelnya! 

Foto: Getty Images

Dan di dalam filem animasi Cinderella, watak utamanya tertinggal sebelah kasutnya ketika berlari pulang dari istana.

Zendaya tidak lupa untuk mengambil inspirasi daripada babak itu untuk penampilannya di Met Gala.

Foto: enews

Ternyata Zendaya tidak main-main!

Sumber: Elle

Ad Ops