Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 7, 2024 @ 3:56pm

Fify Azmi Digelar Tomboi Gara-Gara Kerap Bawa Watak Wanita Kasar – “Saya Sebenarnya Seorang Yang Lemah Lembut”

“Tidak, saya bukan tomboi dan apa yang anda tonton hanya sekadar lakonan semata-mata,” demikian kata pelakon jelita Fify Azmi yang sering dilabel sebagai tomboi dek kerana kerap menjayakan watak wanita yang kasar dan lasak.

Menurut Fify, dia tidak selesa dengan gelaran tersebut bahkan kerap dilayan seperti lelaki hanya kerana sikap sesetengah pihak yang berpendapat karakternya sememangnya begitu.

“Dah biasa kena cop macam tomboi sampai ada orang sangka itu memang karakter diri saya yang sebenar. Dulu saya selalu fikir kata-kata orang ingat saya ini tomboi. Tapi, saya sebenarnya seorang yang lemah lembut.

“Bila mereka berbual dengan saya pun lagaknya macam ‘abang-abang’. Tapi sebenarnya saya terbawa-bawa watak itu. Kadang-kadang sampai sebulan baru hilang perwatakan kasar,” katanya ketika ditemui XTRA.

Fify Azmi melakonkan watak Kapten Izzati menerusi filem Padu The Movie

Kerap melakonkan watak sedemikian, Fify bagaimanapun mengakui dirinya bersifat terbuka untuk menjayakan watak tersebut dan menganggap sebagai satu rezeki.

“Hampir semua lakonan saya melakonkan watak tomboi. Sebagai pelakon saya tak boleh kata apa-apa sebab saya pun tak boleh sesuka hati memilih watak.

“Saya anggap ini sebagai rezeki cuma harapan saya kita dapat ramaikan lagi pelakon aksi wanita sebab jarang ada,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 1 Oct 2023
Featured Thu, 24 Nov 2022

“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Ramai artis yang terlibat mendoakan dan membacakan Yassin buat Nad Zainal…

Featured Fri, 24 Sep 2021

BKP RM500 Bakal Disalurkan Kepada Penerima Bermula…

Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan (BKP) bernilai RM500 akan disalurkan kepada mereka yang hilang punca pendapatan. Menurut kenyataan terkini oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Shahar Abdullah : “Bantuan kehilangan pendapatan atau (BKP) sebanyak […]

Featured Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Trending Sun, 9 Dec 2018

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,”

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,” Lelaki Bunuh Dan Perkosa Gadis Angkara Sakit Hati

Featured Wed, 8 Nov 2023
error: Content is protected !!