Categories: Filem

Bidong kutip kurang RM10,000, Yusof Kelana Tak Kecil Hati

“Saya tak salahkan penonton kerana saya tahu selera mereka adalah filem komersial, bukannya naskhah bercorak sejarah,” demikian luah pengarah Yusof Kelana berhubung filem Bidong: The Boat People yang gagal mendapat sambutan di pawagam tempatan.

Menurut Yusof, beliau sudah menjangkakan filem ini sukar mendapat sambutan memandangkan selera penonton kini cenderung ke arah filem komersial.

“ Sejak awal saya dah jangka. Penonton lebih minat filem santai, komersial dan bukan naskah bercorak sejarah seperti Bidong. Tak apa, saya anggap penghasilan filem ini sumbangan saya kepada industri,” katanya kepada BH Online.

Mencatat kutipan kurang daripada RM 10,000, Yusof memberitahu ada pawagam besar menarik balik tayangan Bidong selepas tiga hari ditayangkan berikutan tiada sambutan.

Namun begitu, Yusof tidak berkecil hati dan akan terus berkarya pada masa akan datang.

” Saya tak berkecil hati dengan apa yang saya peroleh kerana saya sendiri sudah melalui zaman kutipan pecah panggung, ketika menghasilkan filem Tragedi Oktober (1996).

” Buat masa ini saya belum dapat mengumumkan projek terbaharu,” katanya.

Filem Bidong: The Boat People mula ditayangkan sejam 1 Mac lalu.

Bidong dibintangi oleh Taufiq Hanafi, Irene Wong, Livonia Ricky, Abby Nour, Z Zamri, Vanessa Lim, Dickson Chin dan Man Raja Lawak itu mengisahkan mengenai sepasang suami isteri dari Vietnam yang melarikan diri ke Pulau Bidong dan membuka perkampunan di situ.

 

SGMS Faida