Categories: Filem

Betul Ke Syafiq Kyle Sebenarnya Ejen Ali? Jom Lihat Banyak Lagi Karakter Ejen Ali The Movie Dalam Kehidupan Sebenar!

Wah, nampaknya impak filem kegemaran ramai iaitu Ejen Ali The Movie terhadap para penonton terutamanya buat si cilik memang di luar jangkauan! Selepas mencapai kutipan 13.6 juta dalam masa seminggu tayangan, filem animasi luar biasa ini turut memaparkan beberapa watak dalam filem ini yang dikatakan mirip beberapa selebriti tempatan tau!

Percaya atau tidak, beberapa watak dalam filem animasi tempatan ini sebenarnya wujud in a real life? Selepas Neelofa  dikatakan mirip Ejen Dayang, terdapat selebriti lain yang turut menyerupai watak dalam Ejen Ali The Movie! 

Jom lihat di bawah ini :

 

Foto pelakon lelaki kacak, Syafiq Kyle dikatakan mirip Ejen Ali dengan gaya rambut yang serupa. Manakala, foto seniman Mamat Khalid juga dikatakan menyerupai Abang Bear iaitu watak jahat dalam siri animasi Ejen Ali kerana gayanya yang santai beserta topinya.
Manakala, penyanyi Faizal Tahir pula turut terkena tempias  filem animasi popular ini kerana Ejen Karya iaitu salah seorang ejen M.A.T.A. yang ditugaskan sebagai mentor dalam INVISO dikatakan mirip penyanyi Ragaman ini. Watak Komeng yang popular dengan sikap peribadi jahat dan koloni gangster bersama Abang Bear pula dikatakan mirip pelawak, Tauke Jambu. Betul ke? Kalau takpercaya korang boleh tengok sendiri filem Ejen Ali The Movie ni okay!
Syafiqa Irdina