Filem By: Atiqah Johari July 3, 2023 @ 5:47pm

“Bukan Sekadar Kisah Pemburu Kepala” – Filem Headhunter Hidupkan Tradisi Kepahlawanan Kaum Iban

Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan.

Pengarah, penerbit dan penulis, Badd Badrul hasilkan filem berjudul ‘Headhunter’ yang mengangkat kisah pahlawan kaum Iban di Sarawak.

‘Headhunter’ atau dalam Bahasa Melayu bermaksud pemburu kepala. Ia bukan sebuah keganasan semata-mata namun adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya.

Ia juga lambang kepahlawanan apabila ‘Headhunter’ membawa pulang kepala selepas misi serangan yang dikenali sebagai Ngayau.

Karya Badd Badrul ini akan memaparkan gabungan di antara fakta tentang adat tradisi dan fiksyen yang dihasilkan menjadi hiburan di samping memberi pengetahuan baharu buat generasi kini.

Badd juga menyifatkan naskhah ini sebagai mendidik dan berkongsi ilmu tentang adat, budaya atau tradisi yang cukup kaya di Malaysia amnya dan di Borneo khususnya.

“Pahlawan Iban yang sejati bukan sahaja yang memenggal kepala tetapi yang sanggup kepalanya dipenggal, ini merupakan ‘tagline’ untuk filem ini.

“Naskhah ini bukan hanya bergantung kepada latar belakang tradisi Headhunter atau pemburu kepala itu semata-mata. Sebaliknya ia dipenuhi dengan pengembaraan, aksi, suspen dan pembalasan yang diselitkan bersama kisah asmara dan setiakawan yang sangat tinggi.

“Saya menghasilkan naskhah ini dalam bentuk fiksyen tetapi apa yang ingin disampaikan di sebalik Headhunter adalah tentang sejarah atau adat tradisi yang telah sebatidalam ‘dunia’ masyarakat Iban.

“Besar harapan saya pengisian di dalam Headhunter dapat ditonton sekaligus dikenali dan difahami oleh generasi masa kini tentang budaya serta adat tradisi kaum terdahulu sebelum kita. Pihak kami juga mendapat kerjasama dari Persatuan Transformasi Dayak (TRADA). Kami berterima kasih kepada Joseph Ninting Janting selaku presiden persatuan, dan jurulatih linguistik mereka iaitu Richard Mathias,” katanya.

Untuk makluman, ‘Headhunter’ mula ditayangkan pada 29 Jun 2023 di Prime Video edaran MyContent Distribution.

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Anding Indrawani, Cha Cha Maembong sebagai watak utama dan turut dihebatkan lagi dengan lakonan Ebi Kornelis, Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.

Lebih hebat, ‘Headhunter’ telah mendapat Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia ke-31. Malah, Anding Indrawani pula berjaya merangkul Anugerah Pelakon Harapan FFM 31 menerusi filem ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Apr 2023

Kembali Aktif Berlakon, Mira Filzah Sudah Rancang Anak Kedua

Wahh lepas ni Amir dah ada teman main lah

Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳

Trending Thu, 4 Jun 2020
Kisah Viral Mon, 5 Sep 2022

“Jadi Lelaki Pun Dah Tak Selamat” – Lelaki Gila S*ks Kantoi Rakam Orang Tengah Ber*k

Jadi lelaki pun tak terlepas dari serangan seksual kan.. Hati-hatilah bila guna tandas awam tu..