Categories: Filem

Bukan Spoiler Alert! Tapi Plot Twist Drama Tiada Lagi Memang Padu

Sejak akhir-akhir ini memang tidak dapat dinafikan keretakan rumah tangga dikalangan masyarakat kita semakin membimbangkan tidak kiralah akibat kedatangan orang ketiga atau sebaliknya. Cerekarama Tiada Lagi ternyata memberi banyak pengajaran terutamanya terhadap isu curang, dan keruntuhan rumahtangga. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah, Rita Rudaini, Jay Iswazir, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Sumber : Instagram @ritarudainifansclub

Perkahwinan kedua Datuk Nizar terbongkar

 

Amat berbeza sekali dengan garapan drama atau filem lain sebelum ini, siapa sangka perkahwinan Datuk Nizar (Eizlan Yusof) dengan skandal beliau bernama Fatin (Dayang Areeda) terbongkar apabila kediamannya dipecah masuk oleh sekumpulan perompak.

Menurut salah seorang perompak, yang bernama Iskandar lakonan(Jay Iswazir), wanita yang dikahwini oleh Datuk Nizar itu merupakan bekas isterinya. Malah, Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini) terkejut dengan kenyataan tersebut terutamanya apabila mendengar cerita itu dari mulut suaminya sendiri.

Plot twist nya memang padu!

Selepas kejadian yang berlaku, Datuk Nizar mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis demi menjaga reputasinya. Manakala, Datin Nureen mengambil langkah untuk tidak meneruskan perkahwinannya. 

Namun, apa yang membuatkan drama ini mendapat perhatian netizen ialah, apabila drama ini sebenarnya mempunyai plot twist. Siapa sangka, ibu kepada dua orang anak ini sebenarnya telah berkerjasama dengan Iskandar semata-mata mahu mendengar sendiri penjelasan  daripada mulut suaminya berkenaan perkahwinan tersebut. 

Namun begitu, siapa sangka Datin Nureen sanggup membahayakan nyawanya sendiri demi meminta pertolongan Iskandar. 

 

Pedihnya bila dikhianati partner masing-masing

Ternyata drama Tiada Lagi sarat dengan pengajaran buat semua lapisan masyarakat. Menerusi laman twitter mahupun ruangan komen instgaram pelakon Rita Rudaini, ramai yang memuji drama tersebut.

Apapun, drama Tiada Lagi memang meninggalkan kesan yang cukup mendalam dikalangan penonton dan juga netizen kita. Dan, ramai yang memuji drama ini begitu banyak memberi pengajaran terutamanya dikalangan wanita.
Salma Syahbuddin