Categories: Filem

Ejen, Bertindak Segera! Meriahkan Siri Jelajah Ejen Ali X Carrie Bacbuster Di Mydin Mall Seremban 2 Bermula 6 Disember Ini

Tahniah buat filem animasi Malaysia, Ejen Ali The Movie kerana berjaya mencatat kutipan sebanyak RM 13 Juta serta mendominasi carta GSC Top 10 filem selama 4 hari berturut-turut. 

Bersempena dengan minggu cuti sekolah ini, Ejen Ali x Carrie Bacbuster membawakan korang siri jelajah Ejen Ali yang bertempat di Mydin Mall Seremban 2. Apa yang menariknya untuk siri jelajah Back To School kali ini, korang seisi keluarga dapat meluangkan masa hujung minggu dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan, selain berpeluang memenangi hadiah eksklusif dan barangan edisi terhad filem Ejen Ali The Movie. 

Siri jelajah Ejen Ali Back To School akan berada di Mydin Mall Seremban 2 selama tiga hari berturut-turut bermula 6 Disember sehingga 8 Disember, Jumaat sehingga Ahad, pada jam 11 pagi sehingga 9:30 malam. 

Jom tengok antara aktiviti menarik korang boleh sertai di Ejen Ali x Carrie Bacbuster  Roadshow!

Ejen Ali x Carrie Bacbuster dirancakkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat para peminat cilik Ejen Ali, antaranya pertandingan mewarna, kuiz Ejen Ali, jualan happy hour Carrie Bacbuster dan sebagainya. Antara kejutan istimewa menanti korang  adalah penampilan khas daripada dua karakter utama, Ejen Ali dan Ejen Alicia. 

Serlahkan bakat dan kreativiti si kecil anda dengan menyertai pertandingan mewarna dan berpeluang memenangi barangan eksklusif  Ejen Ali dan baucer istimewa daripada Mydin Mall. 

Carrie Bacbuster dengan kerjasama Primeworks Studios turut menawarkan pelbagai  promosi istimewa buat korang. Untuk setiap pembelian RM 15 ke atas korang bakal menerima barangan daripada Carrie Bacbuster berupa set mandian. Dengan setiap pembelian RM30 ke atas, korang layak memenangi bag dari barangan Ejen Ali. 

Ayuh, agen! Jalankan misi anda dan bertindak segera. Selain itu, buat korang yang belum menonton filem Ejen Ali, korang boleh layan trailer ini!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”