Categories: Filem

“Filem Teknologi Animasi Bertaraf Antarabangsa” – Tun Dr. Mahathir Puji Ejen Ali The Movie!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam sempat meluangkan masa hampir dua jam untuk menonton filem animasi Ejen Ali The Movie di sebuah pawagam di ibu negara, malam tadi.

Tun Dr. Mahathir menonton filem kegemaran ramai itu sambil ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin.

 

Sumber: www.xtra.com.my

Tun Dr. Mahathir yang ditemui selepas sesi tayangan khas itu, menyifatkan penghasilan Ejen Ali The Movie seiring dengan perkembangan teknologi dunia, selain menegaskan Malaysia boleh berbangga dengan filem animasi berkenaan.

“Ejen Ali The Movie tidak seperti di Malaysia, nampak setaraf dengan teknologi dunia dan boleh berbangga kerana kita boleh keluarkan filem animasi berteknologi tinggi,” ujar Tun Dr. Mahathir.

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

“Saya juga berpendapat ramai bakat tempatan cekap dalam menghasilkan animasi yang bermula dengan lukisan. Ini tidak begitu mudah tetapi saya nampak kini semuanya lengkap dan boleh dikatakan dalam kelas antarabangsa,” kata Tun. Dr Mahathir malam tadi.

Ejen Ali The Movie kini mendominasi tempat pertama dalam carta filem pecah panggung GSC Top 10 Movies selama empat hari berturut-turut, selain menjadi pilihan utama dalam kalangan penggemar filem!

Sebelum ini, filem animasi selama 97 minit yang ditayangkan khas sempena musim cuti persekolahan di Malaysia ini telah mencatat kutipan melebihi RM 13 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak ditayangkan pada 28 November lalu.

Jadi, buat korang yang masih belum menonton Ejen Ali The Movie, cepat serbu pawagam berdekatan okay!

Untuk maklumat lanjut mengenai Ejen Ali The Movie, layari www.xtra.com.my/ejenali!

Syafiqa Irdina