Categories: Filem

Filem Pulang, Penantian Yang Dipendam Selama 61 Tahun?

“Tiada laut yang terlalu luas buatku. Disebalik ombak yang cuba menjatuhkan, aku temui kekuatan diri.”

Bait-bait puisi itu jelas menggambarkan bahawa filem Pulang ini merupakan sebuah kisah penantian yang telah lama dipendam. Sebuah filem epik berlatarbelakangkan tahun 1940-an, Pulang mengisahkan tentang seorang lelaki yang nekad mengubah nasib keluarganya dengan mengikuti pengembaraan belayar ke merata dunia.

Dan, sebelum berlayar dia berjanji akan pulang bersama kekayaan. Dengan penuh kesabaran seorang isteri, beliau terpaksa akur dengan pemergian sang suami sehinggalah penantian itu mengambil masa selama 61 tahun. Namun, bagi si suami pula, tiap kali memikirkan tentang janji yang diucap kepada isterinya itulah yang membuatkan beliau sabar dan berusaha keras demi melunaskan janjinya kepada isteri yang ditinggalkannya.

Filem yang pastinya mampu memberikan elemen yang cukup padu kepada penonton ini pastinya turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Puteri Aisyah, Alvin Wong, Erwin Dawson, Juliana Evans, Azrel Ismail, Dato Rahim Razali dan ramai lagi barisan artis yang akan membuatkan anda kembali untuk menonton filem Pulang ini. 

Diterbitkan oleh Primeworks, Pulang pastinya akan menjanjikan sebuah perjalanan cerita yang cukup cantik berserta mesej yang cukup mendalam kepada penonton terutamanya dalam konteks kekeluargaan. Selain itu, penonton bakal disajikan dengan sinematografi yang cukup menawan dan efek CGI yang inovatif dalam sebuah karya filem yang indah dalam Pulang.

Justeru itu, Pulang sekali lagi melancarkan trailer ketiganya untuk tontonan peminat filem tempatan.

 

Salma Syahbuddin