Categories: Filem

‘Mat Kilau’ Akan Muncul Malam Ini

Sahih! Pelakon Mohamed Hadi Putera bin Halim atau lebih dikenali sebagai Datuk Adi Putra, 37, akan memegang watak seorang pahlawan Melayu Pahang, ‘Mat Kilau’.

Namanya pun sudah tertera menduduki senarai barisan teratas pada poster pelancaran filem ‘Mat Kilau’ terbitan Studio Kembara yang akan disempurnakan pada malam ni di pekarangan FINAS.

Filem aksi  yang diinspirasikan dari kepahlawanan Mat Kilau ini bakal digalas oleh pengarah  muda, Syamsul Yusuf  dengan barisan pelakon lain terdiri daripada nama-nama hebat seperti  antaranya Beto Kusyairy, Rahim Razali, Namron, Johan Asari, Fattah Amin mahu pun Nadiya Nissa.

Khabarnya, ini percubaan kali ketiga pihak penerbit, Studio Kembara untuk merealisasikan impian mereka memperjuangkan semangat kepahlawanan Melayu ke layar perak.

Pada asalnya kami mahu terbitkannya sebagai telemovie sahaja tetapi ternyata hasrat itu tidak kesampaian malah percubaan kali kedua pun tidak mencapai kehendak serta harapan kami,” ujar Rahman Dali selaku penerbit bersama adiknya,  Shahruddin Dali sewaktu dihubungi.

Kami berharap filem dibawah arahan Syamsul Yusof ini dapat memenuhi kehendak  kami bagi mencetuskan semangat patriotik yang kini begitu tipis sekali di dalam jiwa anak-anak muda,” sambung Shahruddin yang juga bertindak sebagai penulis skripnya.

Sebuah gudang dibina pada set penggambaran filem ‘Mat Kilau’ di Bota, Perak.

Set penggambaran filem hampir 65% siap di mana sebahagian besar daripada lokasinya akan berlangsung di Bota, Perak,  memandangkan tiada kawasan lapang yang sesuai dapat ditemui di Pahang. 

Filem ‘Mat Kilau’ yang bakal menjalani penggambaran bermula 1 April ini selama dua bulan dijangka ditayangkan pada pertengahan hujung tahun 2019 di mana segala urusan pemasaran  dan pengedaran  di bawah tanggungjawab Skop Productions Sdn Bhd.

Pertemuan penerbit, Rahman (dua dari kanan) dan Shaharuddin (kanan) bersama Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof malam tadi.

Ditanya sasaran Studio Kembara terhadap pulangan filem yang memakan belanja jutaan ringgit ini memandangan filem-filem berbaur epik sebegini mungkin kurang mendapat sambutan, jawab Shaharuddin:

Anggaplah ini sumbangan kami kepada Negara, kami berserah kepada Allah, itu kerja Tuhan tetapi yang penting  kami mahu menyampaikan mesej patriotisma kepada kalangan anak-anak muda sekarang. Mereka perlu tahu bagaimana susah payahnya perjuangan tok nenek kita dahulu demi mempertahankan kedaulatan Negara.”

Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah merupakan seoang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Beliau lahir pada tahun 1847 dan meninggal dunia kerana keuzuran pada tahun 1970 dalam usia 122 tahun. (walau bagaimana pun fakta usia ini masih dipertikaikan kerana tiada dokumen pengesahan diperoleh).

SGMS Fas